KEMASUKAN PELAJAR BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN UNTUK ORANG RAMAI SESI OGOS 2018 ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

tadabbur1

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai sesi Ogos 2018M.

Program Tadabbur Al-Qur’an bagi sesi Ogos ini diadakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad, bermula pada 26 Ogos 2018, jam 8.30 hingga 10 pagi bertempat di kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Sebanyak 2 buah modul telahpun dibukakan kepada orang ramai dan seramai 91 orang peserta yang terdiri daripada orang-orang persendirian, muallaf, pegawai dan kakitangan kementerian telahpun menyertai Program Tadabbur Al-Qur’an bagi sesi Ogos 2018 ini.

Adapun tujuan Program Tadabbbur al-Quran ini khusus diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

 

 

 

 

 

Attachment

Related News