KOLOKIUM dan SEMINAR PERKEMBANGAN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU

Kolokium dan Seminar

Bandar Seri Begawan:- Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FFPI) dengan kerjasama Fakultas Adab dan Humaniora, Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin (UIN STS) Jambi, Indonesia telah mengadakan Kolokium dan Seminar Perkembangan Islam dan Peradaban Melayu pada hari ini bertempat di Auditorium UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor.
Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Dr Shahrul NIzam Salahudin, Dekan FPPI menekankan kepentingan institusi pengajian Islam di Negara Brunei Darussalam dan serantau dalam bekerjasama memperkasakan ilmu pengetahuan yang bersifat holistic dan progresif selari dengan objektif menjadikan nusantara ini sebagai model pembangunan Islam yang mampan dan dinamik.

Kolokium dan seminar kali ini bertemakan dengan Kajian Bahasa dan Budaya Melayu Islam Nusantara. Di antara objektif Kolokium dan Seminar tersebut adalah untuk memberikan pemahaman mengenai perkembangan Islam dan peradaban Islam Melayu serta menggali kembali khazanah keilmuan dan kontribusi pemikiran dalam kajian dan menyelidik perkembangan kesusasteraan Islam, Bahasa, Adat Budaya Islam di Brunei dan Indonesia khasnya dan secara amnya di Nusantara.

Program ini menjadi wadah aspirasi bagi kedua institusi pendidikan tinggi untuk menjalin dan membangun jaringan kerjasama setelah termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) semalam pada Majlis Malam Graduan sempena Hafl Al-Takharruj Ke-8 UNISSA.

Di samping itu juga, pihak kedua universiti menjadikan kolokium dan seminar ini tempat menilai Proposal Siswazah Pengajian Lepas Ijazah dari FPPI UNISSA iaitu dengan 4 (empat) penilail terdiri daripada tenaga akademik UIN STS Jambi Indonesia dan 4 (empat) penilai daripada tenaga akademik Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam.


Para Pembentang Kertas Kerja

Related News