KULIAH UMUM KEWANGAN ISLAM ANJURAN FAKULTI EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM, UNISSA

KULIAH UMUM KEWANGAN ISLAM 1

KULIAH UMUM KEWANGAN ISLAM

ANJURAN
FAKULTI EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM, UNISSA

 

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 03 Ogos 2019, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah mengadakan Kuliah Umum Kewangan Islam, bertempat di Dewan Jubli, UNISSA.

Kuliah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Ismail bin Mohammad, mantan Profesor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Ketua Penyunting bagi Jurnal Karya Asli Lorekan Ahli Matematik (KALAM), Malaysia. Beliau telah mengongsikan penemuan penyelidikannya yang bertajuk ‘Penjanaan Dana Pinjaman Bebas Riba Secara Bermatimatik” yang menerangkan maksud riba dan kesannya terhadap ekonomi dan sosio budaya dengan pembuktian ilmu sains matematik. Hasil dapatan penyelidikannya juga mendapati bahawa amalan riba boleh memberi impak negatif lain seperti terjadinya rasuah, inflasi, pecah amanah, jenayah dan sebagainya.

Kuliah Umum yang dibukakan penyertaannya secara percuma ini diadakan ialah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan perkongsian dapatan penyelidikan baru oleh ahli akademik atau pun industri sebagai pencambahan ilmu dan minda.  Hadir semasa Kuliah Umum tersebut iaitu Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm, UNISSA. Turut hadir mendengarkan sesi kuliah tersebut ialah Timbalan Dekan, tenaga akademik dan mahasiswa mahasiswi tahun 1 hingga 3 FEKIm, serta peserta dari institusi kewangan Islam tempatan seperti Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Centre For Islamic Banking, Finance And Management (CIBFM), Takaful Brunei Darussalam dan sebagainya.

Dalam memastikan ilmu baru dan pengalaman dapat dikongsi dan dibincangkan secara kolektif, FEKIm akan secara berterusan untuk mengadakan program yang sama pada masa-masa akan datang. Ini setentunya akan dapat memperkayakan lagi ilmu pengetahuan dalam mencari penyelesaian bagi isu-isu sosial secara kreatif dan inovatif.

 

 

Yang Mulia Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan FEKIm menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Profesor Dr Ismail bin Mohammad, mantan Profesor Universiti Putra Malaysia (UPM)

Attachment