KUNJUNGAN DARIPADA PONDOK PESANTREN MAMBAUL ULUM BATA-BATA

Yang Mulia Rektor UNISSA dengan rombongan Pondok Pesantren Membaul

17 Oktober 2019- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada Pondok Pesantren Mambaul Ulum Bata-Bata, Indonesia yang diketuai oleh Raden KH. M.Tohir Abdul Hamid AMZ, S.PD.I selaku ketua pimpinan pondok tersebut.

 

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang bertempat di bilik mesyuarat Pentadbiran UNISSA.

 

Majlis perjumpaan tersebut dimulakan dengan kata alu-aluan dan ucapan terima kasih daripada YM Rektor UNISSA dan seterusnya diikuti dengan tayangan klip video mengenai UNISSA yang menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan pencapaian UNISSA.

 

Dalam ucapan balas, Ketua pimpinan pondok tersebut amat teruja dengan kehidupan di Negara Brunei Darussalam yang telah menjadikan Islam sebagai paksi kepada pentadbiran negara dan berteraskan kepada fahaman ahli Sunnah wal-jamaah serta berpegang kepada Mazhab Al-Syafi’i.

 

Manhaj yang dianuti di Brunei Darussalam adalah bertepatan sekali dengan corak pengajian yang dijalankan di Pondok Pesantren. Sehubungan itu, Beliau tidak ragu-ragu untuk menghantar pelajar ke UNISSA untuk melanjutkan pelajaran.

 

Pondok Pesantren Mambaul Ulum Bata-Bata yang terletak di Jawa Timur Indonesia adalah sebuah pondok yang menerapkan pembelajaran islam semenjak dari kecil lagi sehingga ke peringkat tinggi sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Universiti dan setiap tahun mengadakan aktiviti seminar antarabangsa yang melibatkan pensyarah daripada UNISSA.

 

Majlis lawatan tersebut turut di hadiri sama oleh Pegawai-Pegawai Eksekutif,Pengarah Pusat Perhubungan Awam Antarabangsa dan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA.

 

Yang Mulia Rektor UNISSA dengan rombongan Pondok Pesantren Membaul

Ulum Bata-Bata, Indonesia