KUNJUNGAN DELEGASI AL JAM’IYATUL WASHLIYAH SUMATRA UTARA, INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Gambar Ramai Rombongan Al Jam’iyatul Washliyah Sumatra Utara, Indonesia

KENYATAAN AKHBAR

 

KUNJUNGAN DELEGASI

AL JAM’IYATUL WASHLIYAH SUMATRA UTARA, INDONESIA

KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Hari Sabtu, 19 Oktober 2019M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi destinasi lawatan kunjungan delegasi daripada Al Jam’iyatul Washliyah Sumatra Utara, Indonesia terdiri daripada tokoh-tokoh agama, Tenaga Akademik, Pemimpin Sekolah dan  Guru-Guru.

 

Al Jam`iyatul Washliyah merupakan organisasi Islam di Indonesia bermula sejak tahun 1930 di Kota Medan, Sumatera Utara. Tujuan utama untuk mendirikan organisasi Al Washliyah ketika itu adalah untuk mempersatukan umat yang berpecah belah dan berbeda pandangan.

 

Rombongan delegasi telah dialu-alukan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA, Yang Mulia, Awang Haji Sammali bin Haji Adam dan seterusnya memberikan taklimat tentang penubuhan UNISSA.

 

Kunjungan delegasi Al Jam’iyatul Washliyah Sumatra Utara diketuai oleh Yang Mulia, Drs H Dahriansyah, Pengurus Pusat Al Washliyah diiringi seramai dua puloh (20) anggota.

 

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengetahui lebih dekat tentang perkembangan sistem pendidikan yang berhubungkait dengan pengajian Islam khususnya di UNISSA. Pihak delegasi juga ingin membuka jaringan kerjasama dengan UNISSA melalui program-program pertukaran kepakaran dalam seminar-seminar atau bengkel-bengkel yang dianjurkan kedua belah pihak.

 

Majlis dihadiri juga oleh Awang Haji Md Samari bin Haji Md Noh, Penolong Pendaftar Pentadbiran UNISSA.