KUNJUNGAN DELEGASI KOMITI VII DEWAN PERWAKILAN RAKYAT ACEH

latest news1

Hari Rabu, 28 November 2018M

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menerima kunjungan daripada komiti VII Dewan Perwakilan Rakyat Aceh Indonesia.

Kunjungan delegasi ini diketuai oleh Yang Mulia, Haji Ghufran bin Zainal Abidin, Ketua Komiti VII Dewan Perwakilan Rakyat Aceh dan diringi (2) orang ahli Komiti dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Rombongan delegasi telah dialu-alukan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Tujuan kunjungan membangunkan kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan pembangunan dan pengurusan pelancongan halal serta membincangkan isu-isu pendidikan Islam khususnya di UNISSA.

Perbincangan telah dihadiri sama oleh beberapa tenaga akademik UNISSA sekaligus memberikan pencerahan tentang perkembangan pendidikan Islam di UNISSA yang melibatkan warga Indonesia.

Timbalan Rektor, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bersama delegasi  Komiti VII Dewan Perwakilan Rakyat Aceh Indonesia

Related News