KUNJUNGAN TUAN YANG TERUTAMA DR SALIM AL-MALIK, KETUA PENGARAH ISESCO KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Pemangku Rektor menyampaikan cenderahati kepada Tuan Yang Terutama Dr Sakim al-Malik, Ketua Pengarah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

KUNJUNGAN TUAN YANG TERUTAMA DR SALIM AL-MALIK,

KETUA PENGARAH ISESCO

KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Hari Rabu, 09 Oktober 2019M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Tuan Yang Terutama Dr Sakim al-Malik, Ketua Pengarah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

 

Mengiringi kunjungan Tuan Yang Terutama ialah Director of External Relations and Cooperation, ISESCO, Dr Ahmad Said Bah.

 

Hadir mengalu-alukan kunjungan beliau ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pemangku Rektor UNISSA bersama Pegawai-Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

 

YM  Pemangku Rektor mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan TYT ke UNISSA dan kunjungan ini akan dapat lagi mengeratkan hubungan kerjasama yang sememangnya sudah ada sejak keahlian UNISSA dalam Federal Of The Universities Of The Islamic World (FUIW) yang bernaung di bawah ISESCO pada tahun 2016.

 

 

YM Pemangku Rektor juga menjelaskan bahawa UNISSA dan ISESCO sering bekerjasama dalam mengadakan kegiatan-kegiatan berbentuk akademik atau pemeran seperti penganjuran Pameran Keagungan Tanah Suci sempena Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam bagi Rantau Asia 2019 yang bertempat di Ruang Ketibaan Lapangan Terbang dan Academic Symposium (Nadwah Ilmiah) on the issue of the Glorification of the Sacred City yang bertempat di UNISSA.

 

UNISSA juga telah menerima satu penghormatan dengan perlantikan Yang Mulia Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab UNISSA sebagai Timbalan Pengerusi bagi perhimpunan Agung dan Lembaga Eksekutif Liga Institusi Pengajaran Bahasa Arab bagi Bukan Penuturnya yang bernaung di bawah ISESCO.

 

Dalam ucapan balas, Tuan Yang Terutama menyatakan tentang perasaan  teruja beliau berkunjung ke UNISSA apatah lagi UNISSA adalah Universiti pertama yang beliau kunjungi di Brunei Darussalam semenjak dilantik menjadi Pengarah ISESCO.

 

Dalam perjumpaan tersebut, UNISSA terus berbincang untuk berganding bahu dalam bidang penyelidikan dan pendidikan bersama ISESCO untuk membuka ruang kepada UNISSA untuk lebih bergiat aktif dalam memberikan sumbangan ilmu pengetahuan.

 

Perjumpaan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Yang Terutama Dr Sakim al-Malik, Ketua Pengarah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

 

Pemangku Rektor menyampaikan cenderahati kepada Tuan Yang Terutama Dr Sakim al-Malik, Ketua Pengarah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

 

Gambar ramai Pegawai-Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA bersama Tuan Yang Terutama Dr Sakim al-Malik, Ketua Pengarah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO).

 

 

Attachment