KUNJUNGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN AMPEL SURABAYA INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Gambar ramai bersama rombongan UIN Sunan Ampel Surabaya

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima lawatan daripada Univeritas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya yang terdiri daripada (4) orang delegasi diketuai oleh Bapak Nasarruddin selaku Dekan Bahagian kemahasiswaan dan Fakultas Adab.

 

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Hambali bin Haji jaili, Pengarah Pusat penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA.

 

UIN Sunan Ampel Surabaya adalah salah satu universiti yang terdapat di kawasan Jawa Timur Indonesia yang mempunyai 9 Fakulti dan 59 Program pendidikan.

 

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak berbincang mengenai penyelidikan bersama, pertukaran pensyarah & pelajar, seminar dan penerbitan bersama.

 

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa dan Dekan Pelajar UNISSA.

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Univeritas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya telah memeterai penandatangan memorandum persefahaman pada 29 ogos yang lalu.