KUNJUNGAN UNIVERSITAS WIDYA GAMA MAHAKAM SAMARINDA, INDONESIA

samarinda, indonesia

Bandar Seri Begawan, Hari Isnin, 9 April: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus menerus menjadi sasaran institusi pengajian tinggi luar negara dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan. Perkara ini terbukti dengan adanya kunjungan silaturrahim delegasi Universitas Widya Gama Mahakam (UWGM) Samarinda, Indonesia.

 

Mengalu-alukan kunjungan tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Delegasi (UWGM) Samarinda, Indonesia seramai 7 orang diketuai oleh Rektor universiti berkenaan, Yang Mulia Dr H Abdul Rachim AF.

 

YM Timbalan Rektor UNISSA dalam ucapan alu-aluannya merakamkan rasa terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap kunjungan ini adalah langkah awal untuk perlaksanaan jaringan kerjasama strategik dalam bidang ilmiah dan penyelidikan.

 

(UWGM) Samarinda, Indonesia pula dalam ucapan hormat mengucapkan terima kasih kepada pihak UNISSA atas kesudian dalam memberikan sokongan untuk bekerjasama dalam mengembangkan lagi bidang akademik khususnya dalam program pertukaran pelajar dan tenaga akademik.

 

 

Hadir sama dalam perjumpaan tersebut ialah Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

 

samarinda, indonesia

Yang Mulia Timbalan Rektor UNISSA bergambar ramai bersama para Delegasi

Attachment

Related News