KURSUS KEPIMPINAN BAGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2018/2019 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

kursus kepimpinan1

HARI: KHAMIS HINGGA SABTU

TARIKH: 3HB JANUARI 2019M HINGGA 5HB JANUARI 2019M

TEMPAT: OUTWARD BOUND SABAH

TEMPOH: 3 HARI

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Kursus Kepimpinan selama 3 hari 2 malam bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019 di “Outward Bound Sabah”, Kinarut.

 

Para Majlis Perwakilan Pelajar telah bertolak dari UNISSA ke Kota Kinabalu dengan pengangkutan khas yang telah disediakan pada jam 8 pagi dan telah sampai pada jam 5 petang lalu menetap selama 2 harı 1 malam di Marina Court Condominium sebelum menjalani Kursus Kepimpinan ini di “Outward Bound Sabah” selama 3 harı.

Para Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2018/19M sebelum berangkat ke Kota Kinabalu,Sabah.

 

Pada hari berikutnya, Para Majlis Perwakilan Pelajar telah diberikan peluang untuk membuat lawatan keberberapa tempat iaitu Muzium Tamadun Islam, Muzium Sabah dan Aquarium & Marine Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

Pada hari berikutnya, Para Majlis Perwakilan Pelajar telah bertolak ke Kinarut, Papar pada jam 8.30 pagi dan tiba ditempat destinasi pada jam 10.30 pagi. Aktiviti mereka dimulakan dengan penyampaian taklimat tentang kursus kepimpinan dan diikuti lagi dengan aktiviti pemanasan badan. Pada sebelah petangnya pula mereka telah diberikan peluang melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti ‘Rock Climbing” dan “Abseiling” yang mana berukuran 30 kaki dan ianya bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

 

Para Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2018/19M membuat lawatan di Muzium Sabah.

 

Aktiviti “Rock climbing” dan “Abseilling”

 

Pada hari kedua bagi Kursus Kepimpinan ini, mereka telah mengadakan aktiviti mendaki bukit “Outward Bound Sabah” kira-kira 3 kilometer. Selepas itu aktiviti diikuti lagi dengan berkayak yang mana mereka telah mempelajari cara berkayak dengan betul.

 

Pada sebelah petang pula Para pegawai daripada Hal Ehwal Pelajar UNISSA, telah membuat lawatan terhadap mereka yang melakukan aktiviti “Flying Fox” setinggi 40 kaki pada ketika itu. Mereka tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti “Tree Climbing” setinggi 40 kaki iaitu bersamaan dengan ukuran 12 meter.

 

Setelah itu aktiviti diteruskan lagi dengan “Outdoor cooking” yang mana mereka telah dilatih untuk mempertahankan diri apabila berada di dalam hutan. Dari pengalaman ini jugalah mereka telah mempelajari cara menghidupkan api dengan kayu, yang mana ianya digunakan untuk memasak masakan ketika berada di dalam hutan.

 

 

Setelah selesainya aktiviti tersebut, mereka mengakhiri malam terakhir mereka dengan aktiviti “Team Building” yang mana mereka perlu selesaikan 5 permainan dalam 3 minit dalam berkumpulan.

 

Pada hari terakhir kursus kepimpinan ini pula, mereka telah melaksanakan satu lagi aktiviti yang menarik, yang mana mereka berpeluang untuk mempelajari cara pembinaan Rakit dan mengayuhnya secara berkumpulan.

 

Sebelum berakhirnya kursus ini, acara Majlis Penutup dan menerima sijil telah diadakan. Acara menerima sijil-sijil ini telah disampaikan oleh Chai Moi Len, Executive Director, Outward Bound Sabah.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan kursus ini diadakan khas bagi Para Majlis Perwakilan Pelajar untuk mereka mengetahui apakah erti kepimpinan itu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti lasak dan bermanfaat kepada mereka. Ianya juga bertujuan untuk melatih mereka untuk sentiasa bekerjasama di dalam setiap cabaran yang akan mereka hadapi nanti.

 

 

 

Attachment

Related News