LANJUTAN TARIKH TUTUP TAWARAN PENERBITAN IKLAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UNISSA/SBOOI3I2O2OI2O2I _ MENCETAK DAN MENGITANTAR SIJII,.SIJIL DAN FOLDER-FOLDER BAGI KEPERLUAN ACARA-ACARA DI SEPANJANG HAFL AL-TAKHARRUJ KE-IO UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) TAHUN 2O2O

Syarat-Syarat Tawaran :

  • Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan
    yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

 

  • Dokumen tawaran boleh diperolehi:

BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG BE1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Nota: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

  • Pada waktu-waktu (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut :

 

Hari Isnin hingga Khamis

8.30 pagi hingga 11.00 pagi

2.00 petang hingga 3.00 petang

 

Hari Sabtu

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

 

**Tertakluk sebarang perubahan yang akan dimaktumkan kemudian.

 

  • Yuran tawaran adalah $10.00 SAHAJA dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.

 

  • Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.

 

  • Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan BLANCO’.

 

  • BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

  • Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA yang disediakan dan dialamatkan kepada :

 

PENGERUSI SEBUT HARGA 

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

  • Tawaran hendaklah disimpan didalam sampul surat TERTUTUP RAPI. Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN disebelah kiri atas sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

 

  • Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat  HARI RABU, 17 JUN 2020 JAM 02.00 PETANG.  Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.

 

  • SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT/Nama-Nama Perniagaan (FORM 16 & 17 / FORM X) hendaklah disertakan bersama tawaran.

 

  • SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Pembangunan, AITI dan yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan hendaklah disertakan bersama tawaran (Jika Perlu).

 

  • Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran

 

  • Hanya syarikat yang terpilih dan berjaya sahaja yang akan dihubungi. Manakala, syarikat yang tidak dihubungi selepas SATU (01) BULAN daripada TARIKH TUTUP mengembalikan borang sebutharga adalah DIANGGAP TIDAK BERJAYA.