LAWATAN DELEGASI MAJLIS TERTINGGI UNIVERSITI SHEIKH DAUD PATANI, SELATAN THAILAND KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

thailand patani

TARIKH: 2 MEI 2018M

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada delegasi , Majlis Tertinggi Universiti Sheikh Daud Patani, Selatan Thailand yang diketuai Timbalan Presiden Majlis Tertinggi universiti berkenaan Yang Berbahagia Dr Sheikh Haji Wan Abdul Rahman bin Sheikh Haji Wan Senik dan diiringi oleh Sheikh Haji Abdullah bin Haji Yousuf, selaku konsultan serta dua (2) orang pegawai.

 

Hadir bagi mengalu-alukan kunjungan delegasi ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Antara ucapan Yang Mulia Rektor UNISSA bahawa pelajar Thailand yang mengikuti pengajian di UNISSA mempunyai perkembangan yang positif dengan peningkatan lebih kurang seramai 21 pelajar dalam berbagai bidang. UNISSA akan terus menyokong dalam bidang pendidikan bagi pelajar Thailand seperti pelajar daripada Universiti Sheikh Daud Patani yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Antara tujuan kunjungan delegasi adalah untuk membincangkan penyelarasan program-program yang bertepatan dan bekerjasama dalam memberikan sokongan kemajuan pelajar-pelajar di universiti berkenaan. Bidang dakwah dan bidang pendidikan secara sistematik adalah satu keperluan yang boleh diusahasama dalam menjalinkan hubungan kerjasama.

 

Turut hadir pada perjumpaan ini ialah Yang Mulia, Penasihat Akademik UNISSA,  Timbalan Rektor, Penolong Rektor dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa.

 

thailand patani

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama delegasi daripada Majlis Tertinggi Universiti Sheikh Daud Fatani, Selatan Thailand

Related News