LAWATAN ILMIAH PERSATUAN MAHASISWA SYARIAH UNDANG-UNDANG (SHALAWSOC) KE SEMARANG

- Posted by user1
- Posted in Faculty of Shariah and Law News, News
LAWATAN ILMIAH PERSATUAN MAHASISWA SYARIAH & UNDANG-UNDANG (SHALAWSOC) KE SEMARANG
HARI/TARIKH:
9-14 ZULKAEDAH 1439H/ 22-27 JULAI 2018M
TEMPAT:
SEMARANG, INDONESIA
Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-Undang (SHALAWSOC) ,Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Fakultas Hukum, Universiti Negeri Semarang (UNNES) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Semarang, Indonesia.
Rombongan seramai 16 orang ini diketuai oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin.
Semasa lawatan ini, rombongan mengadakan lawatan ke Pengadilan Agama Tinggi Provinsi Jawa Tengah, Pengadilan Agama Kelas 1-A Semarang, Majlis Ugama Islam Indonesia (MUI) Provinsi Jawa Tengah dan Fakultas Hukum, UNNES. Rombongan juga menghadiri 1st International Conference on Indonesian Legal Studies dan melawat tempat-tempat menarik di Semarang, Indonesia. Rombongan ini juga sempat melakukan khidmat masyarakat di Panti Asuhan Anak & Lansia Al-Hikmah.
Lawatan ilmiah ini diadakan untuk mengeratkan tali silaturrahim diantara Fakulti Syariah & Undang-Undang, UNISSA dan Fakultas Hukum, UNNES. Lawatan ini juga diadakan untuk untuk mendedahkan pelajar kepada sistem undang-undang yang berbeza dan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai suasana pentadbiran pengadilan di Semarang, Indonesia.

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin bersama SHALAWSOC




