LAWATAN KERJA UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA

Gambar ramai bersama delegasi Universitas Negeri Malang

Bandar Seri begawan – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima lawatan kerja daripada Universitas Negeri Malang (UM), Republik Indonesia yang terdiri daripada koordinator Program Studi S2/S3 daripada pelbagai jurusan.

 

Ketibaan delegasi seramai (5) orang itu dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Hambali bin Haji Jaili, Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA bertempat di bilik Senate, UNISSA.

 

Sebelum sesi perbincangan tersebut, majlis diberkati dengan bacaan surah al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia, Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA dan seterusnya menyaksikan tayangan klip video korporat mengenai latar belakang dan pencapaian UNISSA dari mula ia ditubuhkan pada tahun 2007.

 

Dalam perjumpaan tersebut, pihak rombongan telah membentangkan program-program dan aktiviti-aktiviti diadakan di UM mengikut Fakultas masing-masing dan diteruskan dengan perbincangan penyelidikan bersama, pertukaran pensyarah & pelajar serta penerbitan artikel bersama untuk memantapkan lagi kualiti kedua Universiti.

 

Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan sesi bergambar ramai.