LAWATAN SAMBIL BERDAKWAH 2.0

dakwah1

HARI/TARIKH:

SABTU – SELASA, 12HB MEI 2018 – 15HB MEI 2018

 

TEMPAT:

DAERAH TEMBURONG

Bangar, Temburong, 15 Mei:  Bagi meningkatkan prestasi dalam penyebaran dakwah di negara ini, khususnya di Daerah Temburong, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Temburong telah mengadakan satu program dakwah yang dikenali sebagai “Lawatan Sambil Berdakwah Ke Daerah Temburong 2.0”.

 

Program ini merupakan rentetan daripada program sama yang telah diadakan pada September 2017 lalu.  Seramai 40 orang pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 3 termasuk pelajar-pelajar yang mengambil Minor in Contemporary Dakwah mengikuti program selama empat hari ini.  Turut serta pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Mobiliti Pelajar.

 

Lawatan Dakwah kali ini telah diadakan selama empat hari dari Hari Sabtu, 12hb Mei hingga Hari Selasa, 15hb Mei 2018. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah program anak angkat yang berlangsung selama dua hari. Dalam program tersebut, para peserta diberi kesempatan untuk tinggal bersama keluarga angkat masing-masing bagi mengeratkan silaturrahim dan sedikit sebanyak dapat mempelajari serta menimba pengalaman yang berharga. Keluarga-keluarga angkat ini merupakan saudara baru justeru keberadaan para pelajar bersama mereka dapat membantu untuk meningkatkan fahaman mereka mengenai amalan beragama.

 

Selain itu, pihak UNISSA telah berkolaborasi dengan Kelas Bimbingan Muallaf dalam menjayakan aktiviti sukan ria yang diadakan bersama keluarga angkat peserta.  Disamping itu, rombongan UNISSA juga berkesempatan mengadakan lawatan ke tempat memproses telur masin.  Aktibiti diteruskan dengan lawatan bimbingan kepada tiga buah keluarga yang bertempat di Kampong Batang Duri.  Solat fardhu Maghrib dan Isya’ berjema’ah telah diadakan di Balai Ibadat Kampong Sibut diselangi dengan tazkirah pendek mengenai persiapan menjelang bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Ahmad Shafie bin Haji Mohammad Adnan, mahasiswa Tahun 1 Fakulti Usuluddin.

 

Rombongan UNISSA juga telah berkunjung ke Kampong Semabat.  Dalam kesempatan itu, para pelajar tersebut telah mengadakan aktiviti dengan usahasama Unit Dakwah Daerah Temburong,  antaranya Bimbingan Muallaf, Bimbingan Solat Fardhu, Kafe Usuluddin (Bimbingan Sunnah-Sunnah Permakanan Nabi) serta Panduan Berpuasa sempena menjelangnya bulan Ramadhan.

 

Pada sebelah malam, rombongan telah mengadakan Lawatan Berdakwah kepada non-muslim di Kampong Sumbiling Lama. Lawatan ini melibatkan 8 buah keluarga yang tinggal di sebuah kediaman rumah panjang.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendedahkan para peserta kepada cabaran dan cara-cara yang sesuai untuk mendekati golongan yang bukan beragama Islam serta menyampaikan dakwah dengan berhemah. Bagi para pelajar ini adalah salah satu pelajaran yang sangat berharga iaitu turun berdepan dengan audien sebenar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendakwah. Sebuah pengalaman yang sangat bermakna dan tidak akan diperoleh dalam pengajian dalam bilik-bilik kuliah.

 

Hari terakhir program Lawatan Sambil Berdakwah ke Temburong 2.0 diisikan dengan Kelas Bimbingan Muslimah di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.  Rombongan kali ini juga berkesempatan menyaksikan Majlis Pengislaman bagi salah seorang saudara baru.

 

Bersama menjayakan program lawatan ini adalah Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Lilly Suzana, dan beberapa orang Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA.

dakwah1

Gambar ramai bersama jemaah perempuan penduduk Kampong Semabat di Balai Ibadat Kampong Semabat

dakwah2

Gambar ramai bersama jemaah lelaki penduduk Kampong Semabat

di Balai Ibadat Kampong Semabat

dakwah3

Aktiviti sukan ria bersama Keluarga Angkat dan KBM di Taman Batang Duri

dakwah4

Gambar bersama Keluarga Hanbali ketika Ziarah Bimbingan bersama saudara baru

dakwah5

Penyerahan sumbangan Giving For Ramadhan kepada keluarga Hanbali

dakwah6

Aktiviti Dakwah kepada Saudara Baru di Balai Ibadat Kampong Semabat, Temburong

dakwah7

Aktiviti Dakwah kepada Saudara Baru di Balai Ibadat Kampong Semabat, Temburong

dakwah8

Penyerahan sumbangan kepada keluarga Rumah Panjang Kampong Sumbiling Lama

dalam Aktiviti Dakwah kepada Non Muslim

dakwah9

Penyerahan sumbangan kepada keluarga Rumah Panjang Kampong Sumbiling Lama

dalam Aktiviti Dakwah kepada Non Muslim

dakwah10

Aktviti Kelas Bimbingan Muslimah yang diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh

dakwah11

Penyerahan cenderahati kenang-kenangan dariapada Fakulti Usuluddin kepada Kelas Bimbingan Muallaf

Attachment

Related News