LAWATAN UNIVERSITI DARUSSALAM GONTOR KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UNIDA1

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima rombongan lawatan seramai 28 orang mahasiswi program Ekonomi Islam Semester 4 Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor yang diiringi oleh dua pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Taufiq Affandi, M.Sc dan Ustazah Atika Masrifah, M.E.Sy.

 

Objektif lawatan ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswi di luar kampus mengenai dengan Ekonomi Islam di Negara Brunei Darussalam dengan mengunjungi ke beberapa tempat institusi dan menghadiri beberapa kelas ilmiah di UNISSA. Lawatan ini diadakan selama 8 hari mulai 16 hingga 24 Januari 2018.

 

Ketibaan rombongan UNIDA disambut oleh mahasiswa/i UNISSA dan pensyarah-pensyarah. Pada sebelah pagi ketua rombongan UNIDA bekesempatan untuk bertemu dengan Yang Mulia Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Perjumpaan dengan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) berlangsung pada sebelah petang yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Hajah Norliza binti DSS Haji Mahalle (Timbalan Dekan). Turut hadir ialah pensyarah-pensyarah FEKIm lainnya.

 

Sebagai pengisian program lawatan, rombongan UNIDA telah mengikuti kelas ilmiah yang berlangsung di UNISSA seperti kuliah Islamic Wealth Management and Capital Market yang disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Dr Abd Ghaffar bin Ismail, kuliah Melayu Islam Beraja bertajuk “Pembentukan dan Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Konsep Melayu Islam Beraja” yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Sarinah binti Haji Yahya, Entrepreneurship Talk “Think outside the box” yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Khatijah Othman, Bicara Pakar bertajuk “Knowledge Practice Dichotomy” yang disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh, dan Kelas Talaqqi Kitab Turath iaitu Kitab Ihya ‘Ulumuddin yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Sayyed Abdul Hamid Al-Mahdaly, dan sesi kongsi yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Shohibuddin bin Laming.

 

Rombongan juga mengadakan lawatan ke beberapa institusi iaitu Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bahagian Kawalan Makanan Halal, Kementerial Hal Ehwal Ugama, dan Kedutaan Indonesia.

 

Rombongan tersebut juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik di Brunei Darussalam seperti Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Taman Mahkota Jubli Emas, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Istana Nurul Iman, Muzium Royal Regalia, Pasar Malam Gadong, Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, BardarKu Ceria, Jerudong Park, Muzium Teknologi Brunei, dan Muzium Maritim Brunei Darussalam.

 

Pensyarah UNIDA, Ustaz Taufiq Affandi juga berpeluang menyampaikan kuliah umum bertajuk “Peranan Multimedia Dalam Pengembangan Ilmu Ekonomi Islam” kepada pelajar-pelajar FEKIm tahun 3 dan 4.

 

UNIDA1

Perjumpaan dengan YM Rektor UNISSA

UNIDA2

Antara Kelas Ilmiah yang dihadiri oleh Rombongan

UNIDA3

UNIDA5

Gambar Ramai Rombongan UNIDA Gontor

Attachment

Related News