MAJLIS DOA SELAMAT BAGI MERAIKAN PELAJAR UNISSA YANG MENGIKUTI PROGRAM SETAHUN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA, PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN KURSUS BAHASA ARAB.

SAP2018

Pada

25 September 2018M

Anjuran

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi pelajar-pelajar UNISSA yang akan mengikuti Program Setahun Pengajian di Luar Negara, Program Pertukaran Pelajar dan Kursus Bahasa Arab.

 

Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan juga sokongan kepada pelajar yang terpilih dalam mengikuti program tersebut bagi sesi pengajian 2018/2019. Seramai 18 orang pelajar UNISSA yang cemerlang dan telah melalui proses pemilihan melalui temuduga akan mengikuti pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu, Universiti Sultan Qaboos, Oman dan buat julung kalinya, di Universiti Mohammed V, Rabat, Maghribi. Manakala, 2 orang pelajar lagi akan mengikut Kursus Intensif Bahasa Arab selama 8 minggu di Kolej Sultan Qaboos Oman di bawah tajaan biasiswa Kesultanan Oman.

 

Program Setahun Pengajian di Luar Negara dan Program Pertukaran Pelajar (1 semester) ini merupakan program pembangunan akademik pelajar yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik di samping aktif dalam bidang kokurikulum.

 

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA turut sama hadir bagi meraikan pelajar-pelajar yang terpilih.

 

Ucapan amanat pula disampaikan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad

 

Antara ucapan beliau, Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, dan mendapatkan pengalaman, serta mempelajari budaya positif bangsa serta masyarakat setempat yang boleh menjadi ‘oleh-oleh’ berguna sesudah pulang ke tanah air nanti. Dalam masa yang sama, para pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti dan juga aktiviti kemasyarakatan  semasa berada di perantauan nanti. Ini amat berguna sebagai wadah dalam meluaskan perspektif, pemikiran dan pengalaman pelajar agar lebih menghargai pengalaman menimba ilmu di negara lain,

 

Seterusnya, pelajar diingatkan untuk sentiasa menjaga tatasusila serta nama baik dan imej universiti dan negara, serta sentiasa menjunjung falsafah negara “Melayu Islam Beraja” sebagai identiti kita walau di mana kita berada, serta mengelakkan diri dari terpengaruh dengan ideologi yang bertentangan serta tidak terlibat dengan gerakan-gerakan yang meragukan apatah lagi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah.

 

Turut hadir ialah Penolong Rektor UNISSA, Dekan Pelajar dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

 

Yang Mulia, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama pelajar dan

Pegawai-Pegawai Utama UNISSA

Related News