MAJLIS DOA SELAMAT PELAJAR SAP SEP

SAP SEP 1

09 September 2019, Gadong

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pengurusan Akademik UNISSA telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran bagi pelajar-pelajar yang akan mengikuti program Pengajian Setahun di Luar Negeri (SAP) dan Program Pertukaran Pelajar (SEP) bagi sesi pengajian Akademik 2019/2020.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad selaku Pemangku Rektor bagi menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti dua (2) program berkenaan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Utama UNISSA dan pelajar-pelajar yang akan mengikuti Program Pengajian Setahun di Luar Negera (SAP) dan Program Pertukaran Pelajar (SEP).

Seramai 13 orang pelajar Tahun 3 bagi Sesi Pengajian Akademik 2019/2020 akan mengikuti Program Setahun di Luar Negara (SAP) selama dua (2) semester yang mana antara penempatan pengajian adalah The World Islamic Sciences & Education University, Jordan (WISE), University Yarmouk, Jordan, University Mohammad V, Morocco, University Of Sharjah, United Arab Emirates (UAE), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Manakala seramai 17 orang pelajar Tahun 3 bagi Sesi Pengajian Akademik 2019/2020 akan mengikuti Program Pertukaran pelajar selama satu (1) semester dan antara penempatan pengajian adalah University Yarmouk, Jordan, University Sultan Qaboos, Oman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

 

 

Attachment