MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1439H ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

korban1

Hari Khamis, , 11 Zulhijjah 1439H / 23 Ogos 2018

Gymnasium

 Universiti Islam Sultan Sharif Ali Gadong

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengungkayahkan Majlis Ibadah Korban Dan Aqiqah Sempena Hari Raya Aidiladha 1439H.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis pagi ini ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan seterusnya mengagih-agihkan daging korban kepada para peserta.

 

Umat Islam sedia maklum bahawa Ibadah korban merupakan satu ibadah sunnah yang diangkat kemuliaannya oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ia merupakan satu manifestasi mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan membolehkan mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuklah fakir dan miskin. Atas dasar ini, umat Islam menyemarakkan ibadah yang mulia ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan sama ada di peringkat keluarga atau kelompok masyarakat mahupun di peringkat organisasi atau institusi.

 

Justeru, mengambil berat tentang kepentingan Ibadah Korban, majlis ini diadakan setiap tahun bagi menggalakkan warga UNISSA untuk berkongsi rezeki dan mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

 

Dengan adanya majlis ini, suasana kekeluargaan dan semangat persaudaraan akan dirasai oleh setiap lapisan warga UNISSA.

 

Pada tahun ini, seramai 28 peserta terdiri daripada  pegawai dan kakitangan UNISSA serta keluarga masing-masing melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah manakala dagingnya diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar kampus UNISSA dan warga UNISSA.

 

Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan UNISSA serta para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

 

YM Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA sedang menyerahkan daging korban kepada salah seorang peserta.

 

Gotong Royong dalam pemotongan daging korban

Attachment

Related News