Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 1440H, Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat Cemerlang 2018-2019 Dan Anugerah Staf Cemerlang 2018 Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Gotong Royong Dalam Perlaksanaan Pemotongan Daging-Daging Korban

Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 1440H,

Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat Cemerlang 2018-2019

Dan Anugerah Staf Cemerlang 2018

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Selasa

12 Zulhijjah 1440H / 13 Ogos 2019M

11.00 Pagi

Auditorium UNISSA

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengungkayahkan Majlis Ibadah Korban Dan Aqiqah Sempena Hari Raya Aidiladha 1440H. Program tahunan ini diselajurkan dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat Cemerlang 2018-2019 dan Anugerah Staf Cemerlang 2018.

Pada tahun ini, seramai 35 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan UNISSA serta keluarga masing-masing telah melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah di mana 5 ekor kerbau telah dikorbankan dan daging-dagingnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin dan warga UNISSA.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis pagi tadi dan seterusnya meyampaikan daging korban kepada peserta serta menyampaikan anugerah kepada penerima ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Majlis Ibadah Korban UNISSA tahun ini diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Cemerlang Khidmat Masyarakat. Ia bertujuan untuk mengembangkan kreativiti mahasiswa/i melalui sumbangan buah fikiran dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan mahasiswa/i kearah menghasilkan khidmat masyarakat yang terbaik dan berkesan,di samping  memupuk semangat sukarela di kalangan mahasiswa/i.

Sebanyak (3) buah projek telah terpilih dalam penganugerahan ini iaitu Anugerah Emas disandang oleh Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA dengan projek: Ramadhan Food Drive, diikuti oleh Anugerah Perak dimenangi oleh Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab dengan projek: “Anfiquu Fi Sabilillah”  dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam dengan projek: Program Ziarah Mahabbah ke 5 menerima Anugerah Gangsa. Sebanyak (16) projek Khidmat Masyarakat sepanjang tahun 2018 hingga 2019 telah dicalonkan.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian Anugerah Staf Cemerlang 2018 UNISSA oleh tetamu kehormat kepada 11 penerima bagi enam kategori iaitu, Kategori Anugerah Kecemerlangan Pengajaran, Kategori Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (Senior Career), Kategori Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (Early Academic Career), Kategori Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran (Teknikal),  Kategori Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran (Kakitangan Sokongan) dan Kategori Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran (Bahagian Pengurusan dan Profesional).

Majlis dihadiri oleh para tenaga akademik dan pelajar serta pegawai dan kakitangan UNISSA.

YM Rektor menyampaikan Anugerah Staf Cemerlang kepada salah seorang Tenaga Akademik UNISSA

 

Gotong Royong Dalam Perlaksanaan Pemotongan Daging-Daging Korban

 

YM Rektor menyampaikan Anugerah Projek Yang Berjaya kepada salah seorang mahasiswa UNISSA

 

Attachment