MAJLIS IHYA TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN 1439H/2018M

tadarus2018

HARI/TARIKH:

SABTU, 3hb RAMADHAN 1439H / 19hb MEI 2018M

TEMPAT:

SURAU AL-SYAFI’I, UNISSA.

  JAM:

12 TENGAH HARI

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang dinantikan seluruh umat Islam. Oleh itu adalah selayaknya diraih manfaat dan keberkatan di dalamnya dengan menggandakan amalan yang berkebajikan.

 

Ke arah itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menghidupkan bulan ini dengan mengadakan Majlis Pembukaan Ihya Tadarus Al-Qur’an bermula pada hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Turut hadir sama ialah Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, dan pegawai-pegawai utama, para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

 

Majlis didahului dengan Sembahyang Fardu Zuhur berjemaah, kemudian diteruskan dengan bacaan tadarus Al-Quran yang dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Rektor UNISSA sebagai tanda bermulanya Majlis Ihya Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

 

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk menggiatkan pembacaan Al-Quran, serta memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Selain dari itu, program yang berjalan setiap hari ini diharap dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah di kalangan warga UNISSA.

 

tadarus2018

Yang Mulia Rektor UNISSA dalam Halaqah Tadarus Al-Quran

Related News