MAJLIS KUNJUNGAN YANG BERHORMAT OKNHA DATUK DR OTHSMAN HASSAN SENIOR MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S OFFICE, CAMBODIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

IMG_3980

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 September 2019M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini menerima satu penghormatan dengan kunjungan Yang Berhormat Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kemboja dan rombongan.

 

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat ialah Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA. Perjumpaan telah diadakan di bilik Senate.

 

YM Pemangku Rektor merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk & rombongan kerana sudi mengunjungi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) salah satu destinasi lawatan rasmi rombongan.

 

Dalam ucapan alu-aluan, YM Pemangku Rektor menerangkan tentang penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

UNISSA ketika ini sedang aktif dalam usaha mencapai visi barunya iaitu menjadi hab pengajian tinggi Islam di rantau ini.

 

Dalam usianya baru menjangkau 12 tahun sejak ia mula ditubuhkan iaitu pada tahun 2007, UNISSA telah menerima anugerah Sijil Pengiktirafan Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 dalam aspek “Penawaran Pengajian Islam dan Penyelidikan Peringkat Universiti” baru-baru ini. Penganugerahan sijil ini merupakan satu pengiktirafan yang signifikan ke arah pemangkin pengurusan yang lebih cemerlang.

 

UNISSA juga telah menjalinkan kerjasama mantap dengan IPT luar negara antaranya persidangan mengenai halal yang dianjurkan secara kolaborasi antara Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban UNISSA bersama UiTM Malaysia dan Universiti Osaka Jepun. Begitu juga UNISSA telah mengadakan satu muzakarah cendekiawan Syari‘ah Nusantara anjuran bersama Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) Malaysia.

Muzakarah ini telah berjaya menghimpun seramai 320 para ulama dan sarjana kewangan Islam antarabangsa dan melahirkan resolusi yang akan menjadi rujukan dalam aspek pengurusan kewangan Islam.

 

Pada 16 September yang lalu,  UNISSA baru saja menerima anugerah Global Islamic Finance Award (GIFA) 2019 bagi kategori GIFA Market Leadership Award 2019 (Education in Islamic Banking and Finance) dari Cambridge International Finance Advisor (IFA) United Kingdom yang diadakan di Cape Town, Afrika Selatan.

 

UNISSA mengharapkan dan mengalu-alukan usaha-usaha masa depan dalam memperkukuh lagi hubungan antara Brunei Darussalam dan Kemboja, khususnya melalui UNISSA. Lebih-lebih lagi dengan adanya kampus kekal UNISSA di tapak seluas 310 hektar (766 ekar) di Daerah Temburong nanti, akan dapat menampung lebih ramai lagi pelajar antarabangsa termasuk lah Kemboja.

 

Yang Berhormat dan rombongan menyaksikan Video Korporat berhubung perkembangan penubuhan UNISSA dan program-progaram yang ditawarkan.

 

Taklimat ini menarik perhatian Yang Berhormat dan seterusnya memberikan pandangan agar pihak UNISSA membuka peluang kepada warga Kemboja untuk mempelajari Penyelidikan Halal yang amat diperlukan di Kemboja.

 

Yang Berhormat berharap akan adanya usahasama khususnya dalam bidang pendidikan dan dakwah Islam yang boleh membantu generasi Islam Kemboja untuk mengikuti pengajian di UNISSA.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

 

Perjumpaan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.