MAJLIS PENUNTUP BENGKEL PENULISAN BUKU TEKS

penulisan buku1

Bandar Seri Begawan, 25 Oktober 2018 (Khamis):

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) petang ini telah mengadakan majlis penutup bagi Bengkel Penulisan Buku Teks.

 

Hadir selaku Tetamu Hormat majlis ialah Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan seterusnya menyampaikan sijil kepada fasilitator dan para peserta.

 

Bengkel yang telah dijalankan sejak kelmarin 24 Oktober 2018 adalah memfokus kepada penggunaan buku teks yang menjadi salah satu genre yang sedang berkembang di kalangan ahli akademik dan penerbit universiti. Buku teks membantu untuk menyampaikan ilmu dengan lebih mudah dan berkesan malah Para mahasiswa pula dapat  menguasai sesuatu subjek atau topik dengan adanya sebuah buku teks yang baik dan sesuai. Di samping itu, penerbit universiti pula dapat membantu menjana pendapatan melalui buku teks. Oleh itu Penerbit UNISSA mengadakan bengkel ini untuk ditawarkan kepada ahli akademik dan pengajar di institusi pengajian tinggi. Bengkel ini perlu diadakan untuk  memastikan mutu penerbitan buku teks dan memastikan keseragaman format.

 

Tujuan bengkel dilaksanakan adalah untuk menambah bahan pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam dan juga untuk meningkatkan kemahiran penulisan buku teks dalam kalangan ahli akademik di negara ini.

 

Dalam bengkel tersebut, para peserta telah diberi penerangan tentang Pengenalan Penerbitan Buku Teks, Senario penerbitan buku teks dunia, Nama-nama besar dalam penerbitan buku teks di peringkat antarabangsa, Kos dan harga buku teks, trend dalam penerbitan buku teks dan cabaran yang dihadapi oleh penerbit buku teks dan sebagainya.

 

Bengkel ini dibimbing oleh seorang pakar jemputan daripada Malaysia, Yang Mulia Profesor Madya Dr Roosfa Hashim, Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Antara Tenaga Akademik dan Pegawai Kerajaan yang hadir dalam Bengkel Penulisan Buku Teks

 

Antara Tenaga Akademik dan Pegawai Kerajaan yang hadir dalam Bengkel Penulisan Buku Teks

 

Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal menyampaikan sijil kepada peserta Bengkel

 

Antara Tenaga Akademik UNISSA sedang tekun membuat tugasan dalam Bengkel Penulisan Buku Teks

 

Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama Yang Mulia Profesor Madya Dr Roosfa Hashim, Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

 

Attachment

Related News