MAJLIS PENUTUP KURSUS FIRE MARSHAL UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

fire marshall1

Bandar Seri Begawan, 5 September 2019:

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Fire Marshal dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para peserta kursus.

 

Majlis berkenaan telah diadakan di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Noorzali bin Apong, Pemangku Penguasa Bomba Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta.

 

Kursus tersebut telah diungkayahkan selama 3 hari bermula daripada 3-5 September 2019. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada 5 orang Pegawai, 14 orang Kakitangan Sokongan dan 10 orang Mahasiswa-Mahasiswi UNISSA telah mengikuti kursus tersebut.

 

Sepanjang kursus ini diadakan pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya pembelajaran cara membantu mangsa di dalam situasi kebakaran, pelan tindakan ketika menghadapi kecemasan, tatacara pengosongan bangunan dan masuk ke rumah asap serta pengenalan alat-alat mencegah kebakaran dan cara pemakaiannya.

 

Hasil kursus yang telah diperolehi ini akan dapat melengkapkan semua peserta untuk bertindak segera dalam memberikan bantuan ketika menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan atau kebakaran sebelum tibanya pihak Bomba dan Penyelamat.

Di samping itu, juga dapat membentuk jati diri semua peserta untuk lebih berdisiplin dan saling tolong-menolong dan bertoleransi di dalam sebuah pasukan.

 

Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Mulia, Penyelaras Kursus Fire Marshal, Puan Rozita binti Haji Kamis; Yang Mulia Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin; Pegawai dan Kakitangan Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat serta peserta-peserta kursus.

Para Peserta Kursus UNISSA

 

Yang Mulia Awang Noorzali bin Apong, Pemangku Penguasa Bomba Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Mulia Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin

Attachment